Connect with us

Antarabangsa

Turkiye, 52 negara desak PBB hentikan penjualan senjata kepada Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

  • Turkiye, bersama 53 penandatangan lain, menghantar surat bersama kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menggesa ia mengambil tindakan segera menghentikan aliran senjata dan peluru ke Israel, kata Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.
  • Surat itu, yang diketuai inisiatif Turkiye, ditandatangani 52 negara dan dua organisasi antarabangsa, telah diserahkan kepada PBB pada Jumaat (1 Nov 2024), menyeru pemberhentian bekalan senjata kepada Israel.
  • “Kita mesti mengulangi pada setiap peluang bahawa menjual senjata kepada Israel adalah bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata Fidan pada sidang akhbar di Djibouti, dipetik TRT World, di mana beliau hadir Persidangan Kajian Menteri Perkongsian Turkiye-Afrika ketiga pada Ahad.
  • Menyatakan pentadbiran Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menjadi “ancaman global”, Fidan menggesa semua negara untuk menghalang Israel daripada mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Turkiye, bersama 53 penandatangan lain, menghantar surat bersama kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) menggesa ia mengambil tindakan segera menghentikan aliran senjata dan peluru ke Israel, kata Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.

Surat itu, yang diketuai inisiatif Turkiye, ditandatangani 52 negara dan dua organisasi antarabangsa, telah diserahkan kepada PBB pada Jumaat (1 Nov 2024), menyeru pemberhentian bekalan senjata kepada Israel.

“Kita mesti mengulangi pada setiap peluang bahawa menjual senjata kepada Israel adalah bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai,” kata Fidan pada sidang akhbar di Djibouti, dipetik TRT World, di mana beliau hadir Persidangan Kajian Menteri Perkongsian Turkiye-Afrika ketiga pada Ahad.

Menyatakan pentadbiran Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menjadi “ancaman global”, Fidan menggesa semua negara menghalang Israel daripada mengabaikan undang-undang antarabangsa.

Beliau menegaskan sistem global semasa tidak menyediakan penyelesaian kepada situasi konflik semasa dilalui masyarakat dunia.

“Sistem ini, yang menghasilkan semula ketidakadilan sejarah” perlu diubah, kata Fidan.

“Transformasi yang tidak dapat dielakkan ini akan berlaku di bawah kepimpinan negara-negara Afrika, yang tidak diendahkan sistem antarabangsa semasa,” kata Menteri Luar Turkiye itu. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *