Connect with us

Antarabangsa

35 peratus Muslim sukar sewa, beli rumah di Eropah ekoran diskriminasi

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Hampir separuh daripada umat Islam menetap di Eropah berdepan perkauman dan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka, demikian menurut laporan Agensi  Kesatuan Eropah (EU) untuk Hak Asasi (FRA).
  • Laporan “Being Muslim in the EU”, dikeluarkan pada Khamis dan berdasarkan data 2022 itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam sentimen anti-Muslim, dengan 47 peratus responden Muslim melaporkan diskriminasi kaum, meningkat daripada 39 peratus pada 2016.
  • Laporan itu juga menunjukkan 35 peratus responden mengatakan mereka tidak dapat menyewa atau membeli rumah kerana diskriminasi, peningkatan ketara daripada 22 peratus pada 2016.
  • TRT World melaporkan tinjauan itu menjelaskan tentang peningkatan cabaran dihadapi umat Islam di Eropah, khususnya dalam pekerjaan dan perumahan.

 

Hampir separuh daripada umat Islam menetap di Eropah berdepan perkauman dan diskriminasi dalam kehidupan seharian mereka, demikian menurut laporan Agensi  Kesatuan Eropah (EU) untuk Hak Asasi (FRA).

Laporan “Being Muslim in the EU”, dikeluarkan pada Khamis dan berdasarkan data 2022 itu menunjukkan peningkatan mendadak dalam sentimen anti-Muslim, dengan 47 peratus responden Muslim melaporkan diskriminasi kaum, meningkat daripada 39 peratus pada 2016.

Laporan itu juga menunjukkan 35 peratus responden mengatakan mereka tidak dapat menyewa atau membeli rumah kerana diskriminasi, peningkatan ketara daripada 22 peratus pada 2016.

TRT World melaporkan tinjauan itu menjelaskan tentang peningkatan cabaran dihadapi umat Islam di Eropah, khususnya dalam pekerjaan dan perumahan.

“Umat Islam paling kerap menghadapi diskriminasi apabila mencari kerja (39 peratus) atau di tempat kerja (35 peratus),” katanya.

Laporan itu berkata wanita yang memakai pakaian keagamaan mengalami tahap diskriminasi kaum lebih tinggi berbanding mereka yang tidak, terutamanya ketika mencari pekerjaan.

Kadar diskriminasi itu meningkat kepada 45 peratus pada 2022 daripada 31 peratus pada 2016, dengan wanita muda berumur 16-24 tahun mengalami insiden tertinggi iaitu 58 peratus.

Laporan itu juga menyerlahkan isu dengan penguatkuasaan undang-undang dengan hampir separuh (49 peratus) mereka yang dihentikan polis percaya mereka tertakluk kepada profil kaum.

“Kami menyaksikan lonjakan yang membimbangkan dalam perkauman dan diskriminasi terhadap umat Islam di Eropah,” kata Pengarah FRA, Sirpa Rautio. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *