Connect with us

Terkini

Pencarum KWSP boleh guna akaun fleksibel biayai kos tambahan haji

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pencarum Muslim KWSP di bawah umur 55 tahun dan terpilih mengerjakan ibadah Haji oleh Lembaga Tabung Haji boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk membiayai perbelanjaan asas bagi mengerjakan ibadah itu.
  • Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata pengeluaran haji itu diperkenalkan sejak 2013 dan pencarum juga dibenarkan membuat pengeluaran untuk membiayai kos tambahan ibadah haji menerusi akaun ketiga atau akaun fleksibel.
  • “Amaun yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Tabung Haji ahli pada masa menerima tawaran Haji tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.
  • Hui Ying menjawab pertanyaan Dr Abd Ghani Ahmad (Jerlun-PN) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP yang terpilih untuk menunaikan haji boleh mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

KUALA LUMPUR – Pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun dan terpilih mengerjakan ibadah Haji oleh Lembaga Tabung Haji (LTH) boleh menggunakan simpanan Akaun Sejahtera (Akaun 2) untuk membiayai perbelanjaan asas bagi mengerjakan ibadah itu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata pengeluaran haji itu diperkenalkan sejak 2013 dan pencarum juga dibenarkan membuat pengeluaran untuk membiayai kos tambahan ibadah haji menerusi akaun ketiga atau akaun fleksibel.

“Amaun yang boleh dikeluarkan daripada Akaun Sejahtera adalah perbezaan jumlah kos haji dengan baki simpanan akaun Tabung Haji ahli pada masa menerima tawaran Haji tertakluk kepada amaun maksimum RM3,000 atau baki Akaun Sejahtera (mengikut mana yang lebih rendah).

“Sekiranya ahli memerlukan pembiayaan tambahan, ahli boleh mengeluarkan simpanan daripada Akaun Fleksibel (Akaun 3),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Dr Abd Ghani Ahmad (Jerlun-PN) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah kerajaan bersedia membenarkan pencarum KWSP yang terpilih untuk menunaikan haji boleh mengeluarkan simpanan mereka sebelum mencapai umur persaraan.

Hui Ying yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, sejak 2013 sebanyak 6,070 permohonan pengeluaran haji daripada Akaun Sejahtera telah diluluskan dengan jumlah pengeluaran RM16.7 juta bersamaan dengan purata RM2,759 bagi setiap permohonan.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan tidak membenarkan sebarang pengeluaran daripada Akaun 1 atau Akaun Persaraan, termasuk untuk tujuan menunaikan haji bagi memastikan ahli mempunyai simpanan asas sekurang-kurangnya RM240,000 demi kelangsungan hidup semasa bersara.

“Meskipun begitu ahli turut dibenarkan untuk membuat pengeluaran-pengeluaran bagi tujuan lain seperti pengeluaran perumahan, insurans hayat, pendidikan, kesihatan (penyakit kritikal dan kesuburan) dan (pengeluaran pada) umur 50 tahun melalui Akaun Sejahtera.

“Akaun Fleksibel turut diwujudkan bagi membenarkan ahli membuat pengeluaran bagi apa-apa tujuan pada bila-bila masa,” katanya. — The Merdeka Times



 



Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *