Gaya Hidup
5 lokasi menarik wajib dikunjungi pemilik motorhome
Beberapa tahun lalu, campervan, ‘motorhome’ atau treler karavan amat sukar dilihat di jalan raya di Malaysia.
Namun, pengembaraan menggunakan campervan kini semakin popular dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama yang inginkan percutian mencabar bersama keluarga dalam suasana lebih selesa.
Bagi mereka, bercuti menggunakan van dilengkapi kemudahan asas seperti katil dan dapur, adalah pengalaman menyeronokkan kerana boleh tidur di mana-mana sahaja tanpa perlu membuat tempahan penginapan.
Mereka juga tidak terikat pada masa mendaftar masuk dan keluar hotel, malah mempunyai kebebasan memilih lokasi perkhemahan paling cantik atau hampir dengan lokasi tarikan pelancongan utama tanpa masalah.
Pengembaraan menggunakan campervan ini bagaimanapun dikatakan tidak sesuai untuk dilakukan di Malaysia ekoran ketiadaan lokasi yang sesuai.
Mitos atau fakta dakwaan ini?
Berikut kami senaraikan lima lokasi perkelahan yang amat sesuai untuk pengembaraan menggunakan kenderaan rekreasi ini.
1) Pusat Rekreasi Balok, Kuantan
Pantai Balok antara destinasi yang ideal untuk dikunjungi pemilik kenderaan rekreasi.
Pantai ini terletak kira-kira 15 hingga 20 minit memandu dari pusat bandar Kuantan.
Pantai Balok memiliki pemandangan indah yang pasti menimbulkan rasa teruja dalam kalangan pengunjung.
Rata-rata ‘campervan’ pilih pantai ini berikutan keadaan pantainya yang luas selain nyaman, redup dan diteduhi pepohon ru.
Pihak berkuasa tempatan juga menyediakan kemudahan asas lengkap seperti bilik air, bilik persalinan, surau dan tandas awam.
2) Pantai Batu 5, Port Dickson
Pantai Port Dickson kini mempunyai tapak ‘campervan’ khususnya bagi peminat kenderaan rekreasi iaitu di Pantai Batu 5.
Tapak Campervan Pantai Batu 5 di sini siap sepenuhnya pada 28 November tahun lalu lengkap dengan pelbagai kemudahan asas.
Tapak campervan ini boleh memuatkan sebanyak 12 kenderaan dalam satu masa.
Tapak ini dibuka setiap hari.
3) Kem Tasik Biru, Jasin
Lokasi ini sering mendapat ‘review’ 4 bintang daripada pengunjung ekoran pemandangan tasik yang amat indah, tenang dan mendamaikan lebih-lebih lagi sewaktu matahari terbit dan terbenam.
Tasik Biru juga mempunyai kemudahan asas yang dijaga dengan baik.
Jika anda peminat acara air, Tasik Biru adalah pilihan tepat kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini.
4) Logok Campsite and Farm, Kota Tinggi
Pantai Logok juga antara pilihan pemilik kenderaan rekreasi ekoran pantai yang luas dan bersih.
Pantai di sini juga mesra kanak-kanak kerana mempunyai pesisir yang luas dan cetek.
Kemudahan asas seperti tandas dan surau turut disediakan.
Rata-rata pengunjung menyifatkan tapak perkhemahan ini sangat menakjubkan kerana keindahan alam semula jadinya yang bersih & murah!
5) Pantai Bagan Lalang, Sepang
Pantai Bagan Lalang sentiasa menjadi pilihan utama pemilik ‘campervan’ berikutan lokasinya yang strategik selain kemudahan menepati konsep perkhemahan berkenderaan diinginkan komuniti ini yang sebahagian besar datang bersama keluarga untuk bersantai.
Jadi benarkah dakwaan bahawa Malaysia dikatakan tidak sesuai untuk pengembaraan ‘campervan’ berikutan ketiadaan lokasi yang sesuai?
Ternyata ia mitos semata-mata! — The Merdeka Times
Bagi anda yang sedang mencari sewaan kenderaan rekreasi atau ‘motorhome’ yang selesa serta dilengkapi pelbagai kemudahan asas seperti tandas, dapur dan tilam yang memuatkan sehingga 7 orang pada harga yang amat berpatutan, boleh kunjungi media sosial Merdeka Motorhome.