Connect with us

Terkini

(VIDEO) Istilah ‘mamak pasembur’ hina India Muslim – Ahli Parlimen DAP

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, RSN Rayer mendakwa istilah ‘mamak pasembur ‘ yang digunakan Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden di Dewan Rakyat semalam menghina orang India Muslim. 

Rayer berkata sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau membantah sekeras-kerasnya penggunaan istilah itu yang disifatkan sebagai salah dan memperlekehkan kelompok India Muslim.

Membangkitkan Peraturan Mesyuarat Perkara 36(4) iaitu penggunaan bahasa yang kurang sopan, Rayer menuntut Afnan Hamimi menarik semula kenyataan beliau itu.

Bolehkah istilah ‘mamak pasembur’ itu digunakan? Itu merupakan satu istilah yang begitu salah. Bagaimana kita boleh menggelar seorang itu sebagai ‘mamak pasembur’?

 

 

“Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya membantah dengan sekeras-kerasnya, istilah itu memperlekehkan, tidak ada istilah itu! Kalau saya merupakan seorang India dan umpamanya saya memeluk agama Islam dan saya memakai pakaian Melayu, saya dikenali sebagai orang Melayu. Itu adalah istilah dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Tetapi menggunakan istilah ‘mamak pasembur’ adalah satu istilah yang menghina orang India-India Muslim so (jadi) saya menuntut supaya Ahli Parlimen Alor Setar dari Perikatan Nasional yang menghina orang-orang India Muslim itu tarik balik kenyataan tersebut Timbalan Speaker (Datuk Mohd Shahar Abdullah),” katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohd Sahar menjelaskan ketika isu itu dibangkitkan semalam beliau sudah membuat keputusan berkenaannya dan mempunyai asas, tetapi sekiranya Rayer tidak bersetuju dengan keputusan dibuat beliau boleh mengemukakan usul kepada speaker untuk beliau membuat pertimbangan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *