Antarabangsa
Perancis haramkan firma Israel sertai pameran perdagangan tentera laut
Perancis melarang firma Israel daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan tentera laut pada November depan, menurut dua sumber pada Rabu.
- Perancis melarang firma Israel daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan tentera laut pada November depan, menurut dua sumber pada Rabu.
- Al Arabiya News memetik agensi berita Reuters melaporkan Paris telah melarang firma Israel daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan ketenteraan awal tahun ini.
- Kementerian Pertahanan Perancis dilaporkan berkata keadaan tidak lagi sesuai untuk syarikat terbabit mengambil bahagian apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron “menyeru Israel menghentikan operasi di Gaza”.
- Keputusan Perancis dibuat ketika tentera Israel melancarkan serangan udara dan pencerobohan darat bermula awal bulan ini yang menyasarkan kumpulan Hizbullah di Lubnan, menyaksikan ramai orang awam telah terkorban.
Perancis melarang firma Israel daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan tentera laut pada November depan, menurut dua sumber pada Rabu.
Al Arabiya News memetik agensi berita Reuters melaporkan Paris telah melarang firma Israel daripada mengambil bahagian dalam pameran perdagangan ketenteraan awal tahun ini.
Kementerian Pertahanan Perancis dilaporkan berkata keadaan tidak lagi sesuai untuk syarikat terbabit mengambil bahagian apabila Presiden Perancis, Emmanuel Macron “menyeru Israel menghentikan operasi di Gaza”.
Penganjur pameran iaitu Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kedutaan Israel di Perancis dan Euronaval belum memberikan sebarang komen berhubung larangan itu.
Keputusan Perancis dibuat ketika tentera Israel melancarkan serangan udara dan pencerobohan darat bermula awal bulan ini yang menyasarkan kumpulan Hizbullah di Lubnan.
Ramai orang awam di Lubnan dilaporkan terkorban dalam serangan udara dan darat Israel itu.
Ketegangan antara Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Macron telah meningkat dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas Paris bekerjasama dengan Washington untuk mendapatkan gencatan senjata 21 hari antara Israel dan Hizbullah yang membuka kepada rundingan mengenai penyelesaian diplomatik jangka panjang.
Bagaimanapun, Perancis dan Amerika Syarikat terkejut apabila keesokan harinya Israel melancarkan serangan yang membunuh pemimpin Hizbullah ketika itu, Hassan Nasrallah.
Pegawai dilaporkan berkata tiada prospek gencatan senjata di Lubnan dalam tempoh terdekat. – The Merdeka Times