Connect with us

Terkini

MALBATT boleh serang balas tentera Israel jika kedudukan diancam – Menteri Pertahanan

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh melakukan serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka diancam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata serangan balas itu selaras garis panduan mengenai langkah perlindungan seperti ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).
  • “Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.
  • “Tetapi kalau untuk lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini adalah sebagai pengaman. Kalau dia diserang (dan) untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan,” katanya dipetik media tempatan di sini hari ini.
  • Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada pasukan MALBATT Malaysia di Lubnan boleh membuat serangan balas jika diserang tentera rejim pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR —  Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh melakukan serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka diancam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata serangan balas itu selaras garis panduan mengenai langkah perlindungan seperti ditetapkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Lubnan (UNIFIL).

“Jika berlaku serangan (oleh tentera Israel), dari segi kalau untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri) memang boleh (serang balas), untuk kita membalas tembakan dan sebagainya.

“Tetapi kalau untuk lakukan ‘offensive attack’ (serangan ofensif), maka itu tidak dibenarkan kerana peranan dan tanggungjawab pasukan UNIFIL ini adalah sebagai pengaman. Kalau dia diserang (dan) untuk ‘self defence’ (mempertahankan diri), maka ia (serangan balas) boleh dilakukan,” katanya dipetik media tempatan di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) yang bertanyakan sama ada pasukan MALBATT Malaysia di Lubnan boleh membuat serangan balas jika diserang tentera rejim pada sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Mengakui ancaman tentera Israel semakin meningkat, Khaled Nordin yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata UNIFIL telah meletakkan garis panduan, bagi menjamin keselamatan semua pasukan di bawah misi pengaman berkenaan.

Beliau berkata kesemua pasukan di bawah UNIFIL, termasuk pasukan MALBATT 850-11 yang beroperasi di Selatan Lubnan, telah diarahkan untuk tidak melaksanakan operasi rondaan atau pergerakan logistik dan kekal di penempatan masing-masing.

Katanya, sebarang keputusan membabitkan pengunduran pasukan MALBATT dari Lubnan tertakluk kepada UNIFIL dan keputusan bersama kesemua 50 negara yang terlibat dalam misi pengaman berkenaan.

Menurut BERNAMA, sejak 1 Oktober lalu Israel dilaporkan melancarkan serangan udara besar-besaran dan operasi darat yang belum pernah berlaku sebelum ini ke atas Lubnan dan menurut Kementerian Kesihatan Lubnan, angka korban akibat serangan Israel melebihi 2,300 orang sejak konflik memuncak. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *