Antarabangsa
(VIDEO) Lubnan tanah kami, Gaza tanah kami — Tentera zionis Israel
Tular video memaparkan seorang tentera rejim zionis Israel memberi ucapan berkobar-kobar dengan ancaman akan mengambil semula ‘tanah-tanah mereka’, termasuk di Lubnan dan Gaza.
Tular video memaparkan seorang tentera rejim zionis Israel memberi ucapan berkobar-kobar dengan ancaman akan mengambil semula ‘tanah-tanah mereka’, termasuk di Lubnan dan Gaza.
Tentera Israel itu juga nekad untuk mengusir kelompok yang menurutnya tidak suci dan mencemarkan, dengan merujuk kepada orang-orang Arab.
“Kami akan mengusir mereka dari tanah ini kerana ia tanah kami. Lubnan adalah tanah kami dan Gaza adalah tanah kami.
“Dan tiada cara lain melainkan kami akan mengusir mereka. Orang-orang yang tidak suci ini, yang saban hari mencemarkan Masjid Al-Aqsa dan Baitulmaqdis, di mana pun mereka berada, kami akan mula mengusir mereka dari sini,” kata komander tentera Israel itu dipetik Middle East Monitor.
Tentera yang dilihat berterusan membaca daripada teksnya itu turut memetik kata-kata pengasas zionis, Theodore Herzl.
“Seperti kata (Theodore) Herzl: “Jika anda berkehendak, ia bukan sekadar mimpi.
“Dan kami berkata hari ini, sama ada kamu mahu atau tidak, ini bukan mimpi, ia bukan mimpi kerana kami akan mengusir kamu keluar dari sini.
“Biarkan kami selesaikan kerja ini dan kami akan menyelesaikannya,” kata tentera itu. — The Merdeka Times
View this post on Instagram