Antarabangsa
Abang rogol adik berusia 15 tahun selepas diberitahu dirogol ayah
Seorang bapa di Shivpuri, Madhya Pradesh, India, merogol anaknya berusia 15 tahun beberapa kali dalam tempoh hampir dua tahun dan apabila mangsa mengumpulkan keberanian memberitahu abangnya mengenai perkara itu, abangnya juga merogol remaja itu, lapor The Times of India.
- Seorang bapa di Shivpuri, Madhya Pradesh, India, merogol anaknya berusia 15 tahun beberapa kali dalam tempoh hampir dua tahun dan apabila mangsa mengumpulkan keberanian memberitahu abangnya mengenai perkara itu, abangnya juga merogol remaja itu, lapor The Times of India.
- Polis telah menahan kedua-dua tertuduh, dan siasatan sedang dijalankan dalam kes itu.
- Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di bawah tanggungjawab Balai Polis Dinara daerah itu.
- Mengikut aduan dibuat remaja bawah umur itu, bapanya yang berusia 56 tahun merogolnya selama hampir dua tahun.
- Apabila mangsa memaklumkan kepada abangnya yang berusia 19 tahun, dia juga merogolnya dan merakam video lucah perbuatan itu.
Seorang bapa di Shivpuri, Madhya Pradesh, India, merogol anaknya berusia 15 tahun beberapa kali dalam tempoh hampir dua tahun dan apabila mangsa mengumpulkan keberanian memberitahu abangnya mengenai perkara itu, abangnya juga merogol remaja itu, lapor The Times of India.
Polis telah menahan kedua-dua tertuduh, dan siasatan sedang dijalankan dalam kes itu.
Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah kampung di bawah tanggungjawab Balai Polis Dinara daerah itu.
Mengikut aduan dibuat remaja bawah umur itu, bapanya berusia 56 tahun merogolnya selama hampir dua tahun.
Apabila mangsa memaklumkan kepada abangnya yang berusia 19 tahun, dia juga merogolnya dan merakam video lucah perbuatan itu.
Anggota bertanggungjawab di Balai Polis Dinara, Vinod Bhargav berkata, “Keluarga itu termasuk bapa tertuduh, anak lelaki sulungnya yang juga tertuduh, mangsa yang terselamat dan adik lelakinya. Ibu kepada anak-anak itu meninggalkan suaminya beberapa tahun lalu dan pergi ke suatu tempat lain.
“Anak bawah umur itu kemudian memaklumkan kepada adik lelakinya dan ahli keluarga besarnya yang lain, yang kemudian membawanya ke balai polis.
“Satu kes didaftarkan dalam aduannya pada 6 Okt dan pada Isnin (7 Oktober 2024), tertuduh dihadapkan ke mahkamah, yang menghantar mereka ke penjara. Siasatan terperinci sedang dijalankan,” kata Bhargav. – The Merdeka Times