Connect with us

Terkini

Penamatan subsidi telur ayam sedang dipertimbangkan – Mohamad

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan itu kembali pulih dan stabil.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan itu kembali pulih dan stabil.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah menamatkan subsidi berkenaan wajar dipertimbangkan berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan RM100 juta sebulan.
  • “Cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan dalam pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM di sini hari ini.
  • Mohamad berkata penjimatan berkenaan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang mendesak.

PUTRAJAYA — Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B dan C sekiranya bekalan itu kembali pulih dan stabil.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah menamatkan subsidi berkenaan wajar dipertimbangkan berdasarkan kejayaan penamatan subsidi ayam yang memberi penjimatan RM100 juta sebulan.

“Cadangan telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, dan dalam pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM di sini hari ini.

Mohamad berkata penjimatan berkenaan dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agromakanan lain yang mendesak.

Menurut beliau, negara telah membelanjakan lebih RM3 bilion sejak Februari 2022 untuk subsidi ayam dan telur, sebelum kerajaan melaksanakan penamatan subsidi ayam pada 1 Nov 2023 dan menyaksikan bekalan serta harga ayam semakin stabil hingga kini.

“Apabila kita mengambil keputusan tidak popular iaitu menamatkan subsidi ayam, pada ketika itu ramai memperlekehkan usaha kita, kononnya harga ayam akan melambung.

“Alhamdulillah, setelah subsidi ditamatkan, harga ayam tidak lagi melambung dan lebih penting lagi, negara mendapat manfaat dengan penjimatan RM100 juta sebulan melalui penamatan subsidi ayam,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *