Antarabangsa
Harry Kane dikecam pakai lilitan sokong LGBT di Piala Dunia 2022
Pemain pasukan bola sepak England, Harry Kane dilaporkan bakal memakai lilitan pelangi ‘One Love’ di lengan ketika beraksi di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar bermula November depan.
- Penyerang pasukan bola sepak England, Harry Kane dikatakan bakal memakai lilitan pelangi ‘One Love’ di lengan ketika beraksi di Piala Dunia 2022.
- Berdasarkan hantaran di Facebook ESPN, Kane yang juga penyerang pasukan Tottenham Hotspur memakai lilitan pelangi itu sebagai tanda sokongannya menentang diskriminasi.
- Perkara itu mendapat reaksi pelbagai dengan rata-rata netizen mengecam tindakan pemain England itu yang tidak menjaga sensitiviti tuan rumah temasya sukan itu.
- “Tetapi bukankah itu diskriminasi terhadap individu yang ‘straight’ dan boleh mencetuskan provokasi terhadap warga Qatar?,” kata Kaniel Cole.
- Tindakan Kane juga disifatkan sebagai tindakan ‘hipokrit’ kerana tidak menunjukkan sikap hormat terhadap diskriminasi sebenar.
QATAR – Pemain pasukan bola sepak England, Harry Kane dilaporkan bakal memakai lilitan pelangi ‘One Love’ di lengan ketika beraksi di Piala Dunia 2022 yang akan berlangsung di Qatar bermula November depan.
Berdasarkan hantaran di Facebook ESPN, Kane yang juga penyerang pasukan Tottenham Hotspur memakai lilitan pelangi itu sebagai tanda sokongannya menentang diskriminasi.
Simbol pelangi dikaitkan dengan kelompok Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).
Perkara itu mendapat reaksi pelbagai dengan rata-rata netizen mengecam tindakan pemain England itu yang tidak menjaga sensitiviti tuan rumah temasya sukan itu.
Kaniel Cole mengecam tindakan Kane dengan komen, “tetapi, bukankah itu diskriminasi terhadap individu yang ‘straight’ dan boleh mencetuskan provokasi terhadap warga Qatar?”.
Will N. E. Buckman pula berkata, “itu diskriminasi terhadap orang lain juga. Hormati orang dan perbezaan mereka. Jangan paksa”.
Tindakan pemain England itu disifatkan sebagai tindakan ‘hipokrit’ kerana tidak menunjukkan sikap hormat terhadap diskriminasi sebenar.
“Beginilah definisi hipokrit sebenar. Saya tidak berniat untuk mendiskriminasi tetapi tindakan anda bercanggah dengan sifat rasa hormat.
“Jika ia berdasarkan atas dasar pilihan maka mengapa kita perlu menunjukkan sisi negatif terhadap seseorang yang jelas tidak menyokong agenda anda.
“Ia tanda hormat kepada Qatar dan kepercayaan negara Teluk. Bola sepak dihentikan di UK untuk Ratu kerana nilai dan normanya, namun sebagai balasannya anda tidak mahu menghormati Timur Tengah,” kata Ahmad Mendah dalam komennya di FB ESPN.
Podolski Bryan Banda pula berkata, “penting untuk kita hormat terhadap budaya dan tradisi orang lain, saya tidak boleh datang ke rumah anda dan membuat peraturan dan kelakuan saya sendiri, saya sebagai pelawat harus hormat tradisi tuan rumah”.
Sumber: Facebook ESPN UK