Connect with us

Antarabangsa

Lebih 20,000 maut dalam konflik Sudan – WHO

Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.
  • Bercakap dalam sidang akhbar di Port Sudan semasa lawatan dua hari ke Sudan, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih 10 juta rakyat negara itu terusir secara dalaman di samping dua juta menjadi pelarian di negara jiran.
  • “Skala kecemasan ini sangat mengejutkan, begitu juga kurangnya tindakan diambil bagi mengekang konflik dan menangani penderitaan disebabkannya,” kata Ghebreyesus dipetik agensi berita Anadolu.
  • Beliau berkata hampir separuh daripada 25 juta penduduk Sudan memerlukan campur tangan segera, manakala 70 peratus daripada sektor kesihatan negara itu tidak lagi beroperasi.

Lebih 20,000 individu terbunuh dalam konflik di antara tentera dan kumpulan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Sudan sejak April 2023, demikian menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Ahad.

Bercakap dalam sidang akhbar di Port Sudan semasa lawatan dua hari ke Sudan, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata lebih 10 juta rakyat negara itu terusir secara dalaman di samping dua juta menjadi pelarian di negara jiran.

“Skala kecemasan ini sangat mengejutkan, begitu juga kurangnya tindakan diambil bagi mengekang konflik dan menangani penderitaan disebabkannya,” kata Ghebreyesus dipetik agensi berita Anadolu.

Beliau berkata hampir separuh daripada 25 juta penduduk Sudan memerlukan campur tangan segera, manakala 70 peratus daripada sektor kesihatan negara itu tidak lagi beroperasi.

Ketua WHO itu juga menyeru “dunia supaya bangun dan membantu Sudan keluar daripada mimpi buruk yang sedang dialaminya”.

Ghebreyesus pada Sabtu mengulangi komitmen WHO untuk menangani isu-isu kemanusiaan dan kesihatan mendesak di Sudan, termasuk masalah keselamatan, pengusiran besar-besaran, banjir, kebuluran dan wabak penyakit. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *