Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Kontroversi LGBT & hina agama, Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 mohon maaf

Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 dilaporkan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan majlis pembukaan temasya sukan itu pada Jumaat, namun tetap mempertahankan konsep diketengahkan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Foto: Pengarah Komunikasi Olimpik Paris 2024, Anne Descamps.

KUALA LUMPUR – Penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 dilaporkan memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan majlis pembukaan temasya sukan itu pada Jumaat, namun tetap mempertahankan konsep diketengahkan.

Pengarah artistik acara itu, Thomas Jolly menolak pandangan pihak menyamakan majlis itu sebagai satu parodi kepada “Last Supper” yang dikaitkan dengan agama Kristian.

Majlis pembukaan Olimpik Paris 2024 yang ‘dicemari’ dengan elemen-elemen LGBT dalam parodi “Last Supper” yang menghina agama itu dikecam ramai pihak, sekaligus menyifatkannya sebagai majlis pembukaan terburuk Olimpik yang pernah dianjurkan.

Jolly dilaporkan berkata majlis itu bertujuan meraikan kepelbagaian dan pemahaman global serta sebagai penghormatan kepada gastronomi (kajian hubungan budaya dan makanan) Perancis.

“Keinginan saya bukanlah untuk menjadi subversif (menjatuhkan dengan menghasut) atau untuk mengejek atau mengejutkan. 

“Matlamat saya hanyalah untuk mengatakan bahawa kita adalah sebahagian daripada “Big We” dan malam tadi, ia merupakan idea-idea republikan (Perancis).

“Ia merupakan idea mengenai keterangkuman. Ia idea tentang kebaikan, kemurahan hati, idea tentang perpaduan, idea yang saya fikir sangat kita perlukan,” kata Jolly dalam klip video dikongsikan di Instagram AP News.

Pengarah Komunikasi Olimpik Paris 2024, Anne Descamps pula menyatakan permohonan maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan sambil menegaskan majlis itu bertujuan “meraikan toleransi masyarakat”.

“Tidak pernah ada niat untuk tidak menghormati mana-mana kumpulan agama. Sebaliknya, saya berpendapat bahawa Thomas Jolly benar-benar berniat meraikan masyarakat, toleransi – itulah kata-katanya semalam.

“Dan melihat kepada keputusan tinjauan pendapat yang kami kongsikan, kami percaya bahawa sasaran ini tercapai. Jika ada yang benar-benar tersinggung, kami sudah tentu, benar-benar, sangat menyesal,” kata Anne dalam sidang akhbar pada Ahad. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *