Connect with us

Terkini

KKM arah operasi ‘vending machine’ jual vape dihenti serta-merta

Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan pengurusan sebuah pusat beli belah di ibu negara menghentikan serta-merta operasi mesin layan diri yang menjual rokok elektronik atau vape secara terbuka selepas ia tular di media sosial baru-baru ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Memetik media tempatan KKM hari ini dilaporkan berkata susulan aduan orang awam pihaknya telah turun bertemu pihak pengurusan pusat membeli belah terbabit dan mereka bersetuju menutup operasi mesin layan diri itu.
  • “KKM memandang serius isu berkaitan aduan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine) sebagaimana tular di Aplikasi X pada 10 Julai 2024.
  • “Khusus bagi aduan ini, pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah yang terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut,” katanya.
  • Pada 10 Julai lalu, tular di aplikasi X kemunculan mesin layan diri vape di tempat awam yang mengundang kritikan netizen, selepas beberapa gambar mesin itu dimuat naik pengguna media sosial yang difahamkan beliau adalah Ketua Editor CodeBlue.

KUALA LUMPUR — Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan pengurusan sebuah pusat beli belah di ibu negara menghentikan serta-merta operasi mesin layan diri yang menjual rokok elektronik atau vape secara terbuka selepas ia tular di media sosial baru-baru ini.

Memetik media tempatan, KKM hari ini dilaporkan berkata susulan aduan orang awam pihaknya telah turun bertemu pihak pengurusan pusat membeli belah terbabit dan mereka bersetuju menutup operasi mesin layan diri itu.

“KKM memandang serius isu berkaitan aduan penjualan rokok elektronik atau vape menerusi mesin layan diri (vending machine) sebagaimana tular di Aplikasi X pada 10 Julai 2024.

“Khusus bagi aduan ini, pihak KKM telah turun dan bertemu dengan pihak pengurusan pusat membeli belah yang terlibat bagi menerangkan tentang larangan penjualan menerusi mesin layan diri tersebut,” katanya.

Pada 10 Julai lalu, tular di aplikasi X kemunculan mesin layan diri vape di tempat awam yang mengundang kritikan netizen selepas beberapa gambar mesin itu dimuat naik pengguna media sosial, Boo Su-Lyn yang juga Ketua Editor portal berita kesihatan, CodeBlue.

Pelanggan dikatakan boleh membeli produk vape itu dengan mudah menerusi mesin layan diri terbabit kerana tidak perlu mengimbas kad pengenalan untuk pengesahan umur dan pembayaran boleh dibuat melalui kad atau e-dompet.

NST semalam melaporkan seorang pegawai pemasaran pusat membeli-belah itu mengesahkan mesin layan diri itu telah ditutup dan dikeluarkan dari premis pada Rabu berikutan lawatan pegawai KKM.

Mengenai mesin layan diri itu, beliau menjelaskan ia pada mulanya adalah sebahagian ujian pasaran untuk kedai vape yang berpotensi kekal.

“Kami juga tidak pasti (tindakan itu) selepas membenarkannya kerana ia adalah pusat membeli-belah keluarga, jadi kami hanya membenarkan tempoh kontrak pendek selama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata walaupun mesin layan diri itu tidak mempunyai papan tanda yang menunjukkan ia adalah untuk mereka berumur 18 tahun ke atas, atau pengenalan yang disahkan, pusat membeli-belah itu memantau siapa membeli produk tersebut.

“Bagaimanapun, pusat beli-belah kami dilengkapi dengan CCTV, dan kami memantau siapa yang membeli dari bilik keselamatan kami,” katanya.

Foto: Tangkap layar ciapan pengguna Twitter yang difahamkan juga Ketua Editor CodeBlue membuat ciapan tentang ‘vape vending machine’ di sebuah pusat membeli belah di sini.

Dalam pada itu, KKM menjelaskan Seksyen 10 Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) melarang penjualan dan pameran semua produk merokok.

Kementerian itu berkata peraturan berkaitan penjualan di mana larangan penjualan, termasuk menerusi kaedah mesin layan diri, adalah dilarang kini sedang diperhalusi dan akan dikuatkuasakan bersama Akta 852 setelah diluluskan.

“Selain itu, larangan penjualan rokok elektronik melalui mesin layan diri ini juga kesinambungan daripada larangan penjualan hasil tembakau seperti rokok, cerut dan tembakau lerai melalui mesin layan diri di bawah peraturan sedia ada iaitu Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di bawah Akta Makanan 1983,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan penjualan ‘vape’ menerusi mesin layan diri secara terbuka yang dikesan di salah sebuah pusat beli belah dilihat sebagai satu tindakan tidak bertanggungjawab.

Penjualan tanpa pemantauan itu bakal mendorong golongan remaja bawah umur atau pelajar sekolah terjerumus kepada budaya tidak sihat itu.

Perkara itu disuarakan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Seri Ayub Yaakob yang berpendapat tindakan tersebut hanya akan memudahkan akses kelompok berkenaan mendapatkan peranti merokok tanpa pengawasan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *