Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah sasar Briged Timur tentera Israel dengan artileri berat, roket

Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.
  • Tentera rejim Israel mendakwa ia mengesan 10 roket  dilancarkan dari Lubnan dan menyasarkan ke bandar Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan.
  • “Sebuah bangunan di kawasan perindustrian Kiryat Shmona telah rosak selepas 10 roket dilancarkan dari Lubnan,” kata radio tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.
  • Kumpulan Hizbullah menyatakan dalam siaran Telegram bahawa ia “mensasarkan ibu pejabat Briged Timur ke-769 Divisyen ke-91 di berek Kiryat Shmona dengan berpuluh-puluh roket Katyusha dan peluru artileri”.
  • Hizbullah berkata langkah ini adalah “untuk menyokong rakyat Palestin yang tabah di Gaza, dalam menyokong penentangan mereka yang berani dan terhormat, dan sebagai tindak balas kepada serangan musuh Israel ke atas bandar Yaroun dan Khiam”.

Hizbullah pada Rabu mendakwa ia menyasarkan Briged Timur tentera Israel, yang mengakui kerosakan pada sebuah bangunan di Kiryat Shmona di mana terletaknya ibu pejabat unit tentera itu yang turut mengumumkan menembak jatuh 10 dron dilancarkan dari Lubnan.

Tentera rejim Israel mendakwa ia mengesan 10 roket  dilancarkan dari Lubnan dan menyasarkan ke bandar Kiryat Shmona berhampiran sempadan Lubnan.

“Sebuah bangunan di kawasan perindustrian Kiryat Shmona telah rosak selepas 10 roket dilancarkan dari Lubnan,” kata radio tentera Israel dipetik agensi berita Anadolu.

Ia berkata tiada kecederaan manusia dilaporkan semasa serangan roket dari Lubnan yang berlaku dalam dua gelombang serangan.

Siren kedengaran di beberapa bandar, termasuk Kiryat Shmona, Margaliot dan Tel Hai pada petang Rabu, lapor badan penyiaran Israel Channel 12.

Badan penyiaran Israel itu bagaimanapun mendakwa roket-roket terbabit telah dipintas di Galilee Atas.

Pada awal pagi, tentera rejim Israel mengumumkan dron dilancarkan dari Lubnan terhadap bandar-bandar Israel telah dipintas dan dimusnahkan.

Kumpulan Hizbullah bagaimanapun menyatakan dalam siaran Telegram bahawa ia “mensasarkan ibu pejabat Briged Timur ke-769 Divisyen ke-91 di berek Kiryat Shmona dengan berpuluh-puluh roket Katyusha dan peluru artileri”.

Hizbullah berkata langkah ini adalah “untuk menyokong rakyat Palestin yang tabah di Gaza, dalam menyokong penentangan mereka yang berani dan terhormat, dan sebagai tindak balas kepada serangan musuh Israel ke atas bandar Yaroun dan Khiam”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *