Antarabangsa
ICC tiada bidang kuasa di Gaza – Jurucakap AS
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.
- Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.
- Semasa sidang akhbar berikutan pengumuman Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan akan mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, Jurucakap Jabatan Negara AS itu menyatakan “kebimbangan besar mengenai pendakwa raya dan langkah diambilnya”.
- “Kerajaan Israel mempunyai bidang kuasa dan kami mempunyai bidang kuasa dengan penggunaan tentera kami yang kami sediakan,” kata Miller.
- Wartawan mempersoalkan perkara itu dengan mengatakan AS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes undang-undang jenayah mahupun ke atas wilayah Palestin yang diduduki.
- Miller menjawab hujah itu merujuk kepada Undang-undang Leahy yang melarang pemberian bantuan ketenteraan kepada individu atau unit pasukan keselamatan yang melakukan pelanggaran ketara hak asasi manusia.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Matthew Miller semalam mendakwa hanya Israel dan AS mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sama ada tindakan tentera pendudukan di Gaza bercanggah dengan undang-undang.
Semasa sidang akhbar berikutan pengumuman Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan akan mendapatkan waran tangkap untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant, Jurucakap Jabatan Negara AS itu menyatakan “kebimbangan besar mengenai pendakwa raya dan langkah diambilnya”.
“Kerajaan Israel mempunyai bidang kuasa dan kami mempunyai bidang kuasa dengan penggunaan tentera kami yang kami sediakan,” kata Miller dipetik MEMO.
Wartawan mempersoalkan perkara itu dengan mengatakan AS tidak mempunyai bidang kuasa ke atas kes undang-undang jenayah mahupun ke atas wilayah Palestin yang diduduki.
Miller menjawab hujah itu merujuk kepada Undang-undang Leahy yang melarang pemberian bantuan ketenteraan kepada individu atau unit pasukan keselamatan yang melakukan pelanggaran ketara hak asasi manusia.
Presiden AS, Joe Biden juga menyelar keputusan ICC, menyifatkan ia “keterlaluan” dan berjanji untuk berdiri bersama Israel sepanjang proses itu berjalan dan mengecam apa yang beliau panggil “kesetaraan” ditetapkan Khan antara Israel dan Hamas.
Netanyahu pula menyifatkan langkah itu satu “skandal”, menegaskan bahawa “mereka tidak akan menghalang kita,” itulah keazamannya untuk meneruskan perangnya terhadap rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times