Connect with us

Antarabangsa

Mesir kerah konvoi kenderaan berperisai, tentera tambahan ke sempadan Gaza

Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.
  • Lima belas APC dipasang peralatan tempur dikesan penduduk Sinai di bandar Sheikh Zuweid dalam perjalanan menuju sempadan Mesir dengan Gaza pada petang Rabu, kata Yayasan Hak Asasi Manusia Sinai dipetik MEE.
  • Dalam insiden berasingan, sebuah lagi konvoi kenderaan berperisai tiba di kampung Al-Joura, selatan Sheikh Zuweid, kata yayasan itu.
  • Minggu lalu, Israel merampas sempadan Rafah dan melancarkan operasi ketenteraan di bandar itu di mana kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung.
  • Serangan itu menimbulkan kemarahan Mesir yang mempunyai perjanjian damai selama 45 tahun dengan Israel dan bekerjasama rapat dalam hal keselamatan. 

Mesir mengerahkan kenderaan pengangkut anggota berperisai (APC) dan tentera tambahan ke sempadannya dengan Gaza di timur laut Sinai minggu ini, menandakan situasi semakin meruncing di wilayah konflik itu.

Lima belas APC dipasang peralatan tempur dikesan penduduk Sinai di bandar Sheikh Zuweid dalam perjalanan menuju sempadan Mesir dengan Gaza pada petang Rabu, kata Yayasan Hak Asasi Manusia Sinai dipetik MEE.

Dalam insiden berasingan, sebuah lagi konvoi kenderaan berperisai tiba di kampung Al-Joura, selatan Sheikh Zuweid, kata yayasan itu.

Penempatan kenderaan tentera itu dilakukan di tengah-tengah ketegangan antara Mesir dan Israel berhubung serangan rejim Israel ke atas Rafah, bandar sempadan selatan Gaza. 

Minggu lalu, Israel merampas sempadan Rafah dan melancarkan operasi ketenteraan di bandar itu di mana kira-kira 1.5 juta penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal berlindung.

Serangan itu menimbulkan kemarahan Mesir yang mempunyai perjanjian damai selama 45 tahun dengan Israel dan bekerjasama rapat dalam hal keselamatan. 

Sumber tentera Mesir memberitahu MEE minggu lalu bahawa “tiada penyelarasan operasi” antara Mesir dan Israel berlaku sebelum sempadan Rafah diserang.

Penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza telah terhenti akibat rampasan rejim Israel ke atas sempadan Rafah dan Mesir menolak permintaan Israel untuk membuka semula lintasan itu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah el-Sisi berkata Israel mahu menggunakan kawalan Rafah “untuk mengetatkan kepungan di wilayah itu”.

Perbalahan diplomatik antara Mesir dan Israel semakin meruncing selama beberapa hari.

The Wall Street Journal pada Selasa memetik pegawai Mesir sebagai berkata Kaherah sedang mempertimbangkan untuk menurunkan taraf hubungan dua hala dengan Israel, termasuk menarik balik duta mereka.

Terdahulu, Mesir mengumumkan akan menyertai Afrika Selatan dalam kesnya terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menuduh Israel melakukan genosid. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending