Connect with us

Antarabangsa

Israel tutup siaran, operasi Al Jazeera

Al Jazeera Media Network mengecam keputusan Kerajaan Israel menutup operasinya di negara itu sebagai “tindakan jenayah” selain memberi amaran penindasan Israel terhadap media bebas “bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ibu pejabat Al Jazeera di Doha, Qatar.
  • Al Jazeera Media Network mengecam keputusan Kerajaan Israel menutup operasinya di negara itu sebagai “tindakan jenayah” selain memberi amaran penindasan Israel terhadap media bebas “bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan”.
  • “Penindasan berterusan Israel terhadap akhbar bebas, dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan tindakannya di Gaza, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. 
  • “Penyasaran terus Israel dan pembunuhan wartawan, penangkapan, ugutan dan ancaman tidak akan menghalang Al Jazeera daripada komitmennya membuat liputan, manakala lebih 140 wartawan Palestin terbunuh sejak permulaan perang ke atas Gaza.
  • “Rangkaian ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan dikemukakan pihak berkuasa Israel yang mencadangkan standard media profesional telah dilanggar. Ia mengesahkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada nilai-nilai yang terkandung dalam Kod Etikanya,” katanya.
  • Kenyataan Al Jazeera itu dibuat selepas Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebulat suara bersetuju menutup operasi Al Jazeera di Israel, beberapa minggu selepas Parlimen Israel meluluskan undang-undang membenarkan penutupan sementara penyiar asing yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara ketika perang selama berbulan-bulan di Gaza.

Al Jazeera Media Network mengecam keputusan Kerajaan Israel menutup operasinya di negara itu sebagai “tindakan jenayah” selain memberi amaran penindasan Israel terhadap media bebas “bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan”.

“Penindasan berterusan Israel terhadap akhbar bebas, dilihat sebagai usaha untuk menyembunyikan tindakannya di Gaza, bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan. 

“Penyasaran terus Israel dan pembunuhan wartawan, penangkapan, ugutan dan ancaman tidak akan menghalang Al Jazeera daripada komitmennya membuat liputan, manakala lebih 140 wartawan Palestin terbunuh sejak permulaan perang ke atas Gaza.

“Rangkaian ini menolak sekeras-kerasnya dakwaan dikemukakan pihak berkuasa Israel yang mencadangkan standard media profesional telah dilanggar. Ia mengesahkan komitmennya yang tidak berbelah bahagi kepada nilai-nilai yang terkandung dalam Kod Etikanya,” katanya.

Kenyataan Al Jazeera itu dibuat selepas Kabinet Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebulat suara bersetuju menutup operasi Al Jazeera di Israel, beberapa minggu selepas Parlimen Israel meluluskan undang-undang membenarkan penutupan sementara penyiar asing yang dianggap sebagai ancaman kepada keselamatan negara ketika perang selama berbulan-bulan di Gaza.

Netanyahu mengumumkan keputusan itu di platform X.

“Kerajaan yang diketuai oleh saya sebulat suara memutuskan: saluran hasutan Al Jazeera akan ditutup di Israel,” tulisnya dalam bahasa Ibrani.

Menerusi platform sama, Menteri Komunikasi Israel, Shlomo Karhi memaklumkan beliau menandatangani arahan terhadap Al Jazeera yang akan berkuat kuasa serta-merta.

Karhi berkata beliau mengarahkan rampasan peralatan penyiaran Al Jazeera “yang digunakan untuk menyampaikan kandungan saluran”, termasuk peralatan penyuntingan dan penghalaan, kamera, mikrofon, pelayan (server) dan komputer riba, dan peralatan penghantaran tanpa wayar dan beberapa telefon mudah alih.

Kemudian pada Ahad, polis menyerbu premis Al Jazeera di Baitulmaqdis Timur yang diduduki dan penyedia satelit dan kabel sekaligus menghalang Al Jazeera daripada bersiaran.

Al Jazeera antara saluran media antarabangsa yang kekal di Gaza sepanjang perang, menyiarkan episod berdarah serangan udara dan hospital penuh sesak, dan menuduh Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai.

Bulan lalu, Netanyahu berkata beliau akan “bertindak serta-merta untuk menghentikan” operasi Al Jazeera di Israel selepas Parlimennya meluluskan undang-undang yang memberi kuasa kepada menteri kanan untuk menutup rangkaian berita asing yang dianggap sebagai risiko keselamatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *