Connect with us

Antarabangsa

Lelaki bakar isteri hamil anak kembar di India

Seorang lelaki ditahan kerana didakwa membakar isterinya yang hamil di Kampung Bulle Nangal di Amritsar, Punjab, India pada Sabtu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki ditahan kerana didakwa membakar isterinya yang hamil di Kampung Bulle Nangal di Amritsar, Punjab, India pada Sabtu.
  • Indian Express melaporkan mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Pinky, 23, dan suaminya, Sukhdev Singh adalah seorang buruh.
  • Pasukan polis melaporkan wanita itu mengandung anak kembar dalam kandungannya.
  • Sebelum dibakar, tertuduh mengikatnya di atas katil supaya dia tidak dapat menyelamatkan diri. 
  • Penduduk kampung berkata, pasangan itu berkahwin kira-kira tiga tahun lalu dan mereka dikatakan sering bertengkar tentang isu domestik.

Seorang lelaki ditahan kerana didakwa membakar isterinya yang hamil di Kampung Bulle Nangal di Amritsar, Punjab, India pada Sabtu.

Indian Express melaporkan mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Pinky, 23, dan suaminya, Sukhdev Singh adalah seorang buruh.

Pasukan polis melaporkan wanita itu mengandung anak kembar dalam kandungannya.

Sebelum dibakar, tertuduh mengikatnya di atas katil supaya dia tidak dapat menyelamatkan diri. 

Penduduk kampung berkata, pasangan itu berkahwin kira-kira tiga tahun lalu dan mereka dikatakan sering bertengkar tentang isu domestik.

Selepas menerima maklumat, polis tiba di tempat kejadian. 

Mereka mengambil mayat mangsa yang terbakar untuk bedah siasat. Semua barangan rumah juga didapati hangus dalam kebakaran itu.

Ketua Pegawai Polis (Station House Officer) Balai Polis Byas, Gurvinder Singh berkata “Individu disyaki membakar isterinya dalam satu pertikaian rumah tangga. Punca pertikaian sedang disiasat.” – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *