Connect with us

Antarabangsa

Hizbullah lancar serangan ‘paling dalam’ di Israel sejak perang Gaza bermula

Kumpulan Hizbullah Lubnan melancarkan serangan dron ke atas pangkalan Israel di utara bandar Acre sebagai membalas dendam terhadap pembunuhan salah seorang pejuangnya, menandakan serangan paling dalam ke wilayah Israel sejak perang Gaza bermula.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah melancarkan “gabungan serangan udara menggunakan umpan dan letupan dron yang menyasarkan” dua pangkalan Israel di tengah-tengah antara Acre dan Nahariyya, kata Hizbullah dalam satu kenyataan pada Selasa.
  • Memetik Al Jazeera, kumpulan disokong Iran itu berkata ia bertindak sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel sebelum ini yang membunuh seorang pejuangnya. 
  • Tentera Israel bagaimanapun berkata ia tidak mengetahui mana-mana kemudahannya yang diserang oleh Hizbullah.
  • Namun memaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya memintas dua “sasaran udara” di luar pantai utara Israel.

Kumpulan Hizbullah Lubnan melancarkan serangan dron ke atas pangkalan Israel di utara bandar Acre sebagai membalas dendam terhadap pembunuhan salah seorang pejuangnya, menandakan serangan paling dalam ke wilayah Israel sejak perang Gaza bermula.

Hizbullah melancarkan “gabungan serangan udara menggunakan umpan dan letupan dron yang menyasarkan” dua pangkalan Israel di tengah-tengah antara Acre dan Nahariyya, kata Hizbullah dalam satu kenyataan pada Selasa.

Memetik Al Jazeera, kumpulan disokong Iran itu berkata ia bertindak sebagai tindakan balas terhadap serangan Israel sebelum ini yang membunuh seorang pejuangnya. 

Tentera Israel bagaimanapun berkata ia tidak mengetahui mana-mana kemudahannya yang diserang oleh Hizbullah.

Namun memaklumkan sebelum ini bahawa pihaknya memintas dua “sasaran udara” di luar pantai utara Israel.

Agensi berita rasmi Lubnan NNA kemudian melaporkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan enam lagi cedera selepas serangan udara Israel melanda kawasan perumahan di bandar Hanin di selatan Lubnan.

“Pesawat perang Israel menyerang sebuah rumah dua tingkat dengan dua peluru berpandu udara-ke-permukaan, memusnahkan sepenuhnya bangunan yang didiami oleh sebuah keluarga yang tidak meninggalkan bandar itu sejak serangan Israel bermula,” kata NNA.

Hizbullah berkata ia melancarkan puluhan roket di utara Israel pada lewat Selasa sebagai tindak balas terhadap pembunuhan dua orang awam.

Hizbullah melepaskan “berpuluh-puluh roket Katyusha” ke utara Israel “sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan musuh Israel ke atas… rumah orang awam, khususnya pembunuhan beramai-ramai yang mengerikan di Hanin dan pembunuhan serta mencederakan orang awam,” kata kumpulan itu.

Terdahulu, tentera Israel berkata serangan udaranya membunuh dua pejuang Hizbullah di selatan Lubnan. 

Hizbullah mengesahkan kematian salah seorang pejuangnya, Hussein Azkoul, tetapi tidak memberikan butiran lanjut.

Sejak serangan Hamas pada 7 Oktober tahun lalu yang tidak pernah berlaku sebelum ini mencetuskan perang Israel ke atas Gaza, terdapat pertukaran tembakan merentas sempadan hampir setiap hari antara Hizbullah dan tentera Israel.

Serangan Israel membunuh kira-kira 270 pejuang Hizbullah dan sekurang-kurangnya 50 orang awam. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *