Antarabangsa
Tiga dron ditembak jatuh selepas letupan kedengaran di Isfahan – Media Iran
Media Iran berkata pertahanan udara negara itu menembak jatuh tiga dron kecil di tengah-tengah bandar Isfahan, lapor Al Jazeera.

- Media Iran berkata pertahanan udara negara itu menembak jatuh tiga dron kecil di tengah-tengah bandar Isfahan.
- Perkara itu dilaporkan berlaku beberapa jam selepas ABC News memetik pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) melaporkan peluru berpandu Israel telah menyasarkan kawasan Iran.
- Televisyen negara Iran melaporkan berlakunya letupan di Isfahan, ketika mana pertahanan udara negara itu diaktifkan dan penerbangan merentasi beberapa kawasan termasuk Tehran dan Isfahan digantung.
- Ruang udara dibuka semula kira-kira empat setengah jam selepas kejadian dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
- Pegawai tertinggi tentera di Isfahan, Brigedier Jeneral Kedua Siavash Mihandoust memberitahu media kerajaan bahawa pertahanan udara menembak “objek mencurigakan” dengan tiada kerosakan dilaporkan.
Media Iran berkata pertahanan udara negara itu menembak jatuh tiga dron kecil di tengah-tengah bandar Isfahan, lapor Al Jazeera.
Perkara itu dilaporkan berlaku beberapa jam selepas ABC News memetik pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) melaporkan peluru berpandu Israel telah menyasarkan kawasan Iran.
Televisyen negara Iran melaporkan berlakunya letupan di Isfahan, ketika mana pertahanan udara negara itu diaktifkan dan penerbangan merentasi beberapa kawasan termasuk Tehran dan Isfahan digantung.
Ruang udara dibuka semula kira-kira empat setengah jam selepas kejadian dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Pegawai tertinggi tentera di Isfahan, Brigedier Jeneral Kedua Siavash Mihandoust memberitahu media kerajaan bahawa pertahanan udara menembak “objek mencurigakan” dengan tiada kerosakan dilaporkan.
CBS News juga melaporkan Israel telah menyerang Iran.
Media Iran melaporkan tiada serangan dilancarkan ke atas Iran dari luar negara itu, tetapi serangan dipercayai dilancarkan quadcopter kecil dari dalam Iran. – The Merdeka Times
