Antarabangsa
Boeing salur senjata pada zionis, puluhan aktivis protes di Seattle
Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.
- Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.
- Menurut Bloomberg News, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,800 kit menukar peluru tidak berpandu kepada peluru berketepatan tinggi sebagai sebahagian daripada perjanjian komersial 2021 dengan tentera Israel bernilai sekitar $735 juta (RM 3.44 bilion).
- Pada Disember lalu siasatan Amnesty International terhadap dua serangan udara Israel yang membunuh 43 orang di Gaza menemui kod pada serpihan logam yang ditemui di bawah runtuhan yang mengaitkan bom tersebut dengan Boeing.
Puluhan aktivis berhimpun di luar Sidang Kemuncak Aeroangkasa dan Pertahanan di Seattle, Washington untuk membantah kontrak ketenteraan Boeing dengan Israel, lapor Al Jazeera.
Para peserta membawa papan tanda yang bertulis, “Boeing arms genocide” (Boeing salur senjata untuk pembunuhan beramai-ramai) dan “Boeing menjual 1,000 bom pintar kepada Israel semasa pembunuhan beramai-ramai.”
Menurut Bloomberg News, berikutan serangan Hamas pada 7 Oktober, Boeing mempercepatkan penghantaran 1,800 kit menukar peluru tidak berpandu kepada peluru berketepatan tinggi sebagai sebahagian daripada perjanjian komersial 2021 dengan tentera Israel bernilai sekitar $735 juta (RM 3.44 bilion).
Pada Disember lalu, siasatan Amnesty International terhadap dua serangan udara Israel yang membunuh 43 orang di Gaza menemui kod pada serpihan logam yang ditemui di bawah runtuhan yang mengaitkan bom tersebut dengan Boeing.
Sekurang-kurangnya 31,184 rakyat Palestin terbunuh dan 72,889 cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu dengan angka kematian di Israel pada tarikh tersebut kekal pada 1,139 orang. – The Merdeka Times