Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah North Dakota putuskan doktor boleh tolak penjagaan pengesahan jantina

Seorang hakim persekutuan North Dakota, Amerika Syarikat (AS) memutuskan doktor yang praktis agama tidak perlu melakukan pembedahan pengesahan jantina, sekali gus menghalang individu trans dan bukan binari mendapatkan rawatan itu, lapor Pink News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah North Dakota putuskan doktor boleh tolak penjagaan pengesahan jantina
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang hakim persekutuan North Dakota, Amerika Syarikat (AS) memutuskan doktor yang praktis agama tidak perlu melakukan pembedahan pengesahan jantina, sekali gus menghalang individu trans dan bukan binari mendapatkan rawatan itu, lapor Pink News.
  • Pada 2021, Christian Employers Alliance (CEA) memfailkan saman terhadap EEOC untuk dua mandat yang memerlukan majikan beragama menyediakan insurans kesihatan meliputi rawatan mengesahkan jantina pekerja mereka dan doktor praktis agama melakukan ikrar pembedahan menyelamatkan nyawa atau menghadapi caj diskriminasi identiti jantina.
  • Mahkamah Daerah Dakota Utara berpihak kepada CEA menerusi hujah peraturan itu akan melanggar kepercayaan agama majikan atau doktor. 

Seorang hakim persekutuan North Dakota, Amerika Syarikat (AS) memutuskan doktor yang praktis agama tidak perlu melakukan pembedahan pengesahan jantina, sekali gus menghalang individu trans dan bukan binari mendapatkan rawatan itu, lapor Pink News.

Pada 4 Mac, mahkamah memutuskan Equal Employment Opportunity Commission (EEOC) melanggar Pindaan Pertama dengan cuba mewajibkan pembedahan pengesahan jantina bagi pekerja penjagaan kesihatan untuk menyediakannya di negeri ini buat komuniti LGBTQ+.

Pada 2021, Christian Employers Alliance (CEA) memfailkan saman terhadap EEOC untuk dua mandat yang memerlukan majikan beragama menyediakan insurans kesihatan meliputi rawatan mengesahkan jantina pekerja mereka dan doktor praktis agama melakukan ikrar pembedahan menyelamatkan nyawa atau menghadapi caj diskriminasi identiti jantina.

Mahkamah Daerah Dakota Utara berpihak kepada CEA menerusi hujah peraturan itu akan melanggar kepercayaan agama majikan atau doktor. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *