Antarabangsa
21,000 guru sekolah agama di Uttar Pradesh bakal hilang kerja
Seramai 21,000 guru, termasuk guru Matematik dan Sains, di sekolah agama (madrasah) di Uttar Pradesh, India berdepan risiko kehilangan kerja susulan kerajaan negeri itu menghentikan pembayaran gaji kepada mereka.
- Seramai 21,000 guru, termasuk guru Matematik dan Sains, di sekolah agama (madrasah) di Uttar Pradesh, India berdepan risiko kehilangan kerja susulan kerajaan negeri itu menghentikan pembayaran gaji kepada mereka.
- Uttar Pradesh merupakan negeri di bawah pemerintahan parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
- Dilaporkan, kerajaan negeri Uttar Pradesh sebelum ini membayar hingga 3,000 rupee (RM167.67) sebulan dari peruntukan bajetnya kepada guru mengajar subjek Sains, Matematik, Kajian Sosial, Bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris
- Bayaran bulanan itu adalah tambahan kepada bayaran maksimum 12,000 rupee (RM670.70) dari Kerajaan Persekutuan.
- “Guru dan pelajar Muslim akan kembali ke belakang seperti 30 tahun lepas,” kata Ketua Lembaga Pendidikan Uttar Pradesh, Iftikhar Ahmed Javed kepada agensi berita Reuters yang dipetik Arab News pada Jumaat.
- Muslim adalah kelompok minoriti di India, mewakili kira-kira 14 peratus dari populasi negara itu, dan mereka mewakili kira-kira 20 peratus daripada penduduk di Uttar Pradesh.
Seramai 21,000 guru, termasuk guru Matematik dan Sains, di sekolah agama (madrasah) di Uttar Pradesh, India berdepan risiko kehilangan kerja susulan kerajaan negeri itu menghentikan pembayaran gaji kepada mereka.
Uttar Pradesh merupakan negeri di bawah pemerintahan parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata Party (BJP) pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Dilaporkan, kerajaan negeri Uttar Pradesh sebelum ini membayar hingga 3,000 rupee (RM167.67) sebulan dari peruntukan bajetnya kepada guru mengajar subjek Sains, Matematik, Kajian Sosial, Bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris.
Bayaran bulanan itu adalah tambahan kepada bayaran maksimum 12,000 rupee (RM670.70) dari Kerajaan Persekutuan.
“Guru dan pelajar Muslim akan kembali ke belakang seperti 30 tahun lepas,” kata Ketua Lembaga Pendidikan Uttar Pradesh, Iftikhar Ahmed Javed kepada agensi berita Reuters yang dipetik Arab News pada Jumaat.
Muslim adalah kelompok minoriti di India, mewakili kira-kira 14 peratus dari populasi negara itu, dan mereka mewakili kira-kira 20 peratus daripada penduduk di Uttar Pradesh.
Kerajaan Persekutuan dilaporkan menghentikan pembayaran itu menerusi program Skim Penyediaan Pendidikan Berkualiti di Madrasah pada Mac 2022.
Dokumen Kementerian Hal Ehwal Minoriti menunjukkan kerajaan Modi tidak meluluskan sebarang cadangan baru dari negeri di bawah program itu bagi tahun kewangan 2017/18 dan 2020/21 sebelum menutup program itu sepenuhnya.
Diminta mengulas mengenai isu itu, pihak kementerian berkenaan enggan memberi sebarang komen.
Berdasarkan data kerajaan, lebih 70,000 madrasah diselia menerusi program itu yang bermula pada 2009/10 ketika era pentadbiran kerajaan Parti Kongres. – The Merdeka Times