Antarabangsa
Pertengkaran adik-beradik tingkatkan kemahiran sosial – Saintis Universiti Cambridge
Saintis di Universiti Cambridge mendapati adik-beradik yang bertengkar satu sama lain berkemungkinan mempunyai kehidupan lebih baik pada masa akan datang dan anak-anak lebih muda bertengkar dengan adik-beradik tua memiliki kecenderungan untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
- Saintis di Universiti Cambridge mendapati adik-beradik bertengkar satu sama lain berkemungkinan mempunyai kehidupan lebih baik pada masa akan datang dan anak-anak lebih muda bertengkar dengan adik-beradik tua memiliki kecenderungan untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
- Penyelidik mendapati pertengkaran adik-beradik dapat meningkatkan kemahiran sosial, kosa kata dan perkembangan kendiri.
- Dr Claire Hughes dari Kolej Newnham, Cambridge, UK, berkata penyelidikan beliau mendapati anak-anak yang bertengkar sebenarnya mendapat manfaat daripada pertengkaran itu.
- “Ibu bapa yang letih dengan pertengkaran di kalangan anak-anak mereka harus berasa selesa kerana anak-anak mereka sedang mempelajari kemahiran sosial yang penting,” katanya dipetik Daily Mail.
- Beliau berkata anak kedua menunjukkan keputusan lebih baik dalam ujian dan mempunyai pemahaman sosial lebih baik yang menjadikan mereka lebih terkenal di kemudian hari.
- Kajian itu membabitkan pemerhatian ke atas tingkah laku 250 kanak-kanak.
Saintis di Universiti Cambridge mendapati adik-beradik yang bertengkar satu sama lain berkemungkinan mempunyai kehidupan lebih baik pada masa akan datang dan anak-anak lebih muda bertengkar dengan adik-beradik tua memiliki kecenderungan untuk lebih berjaya pada masa akan datang.
Penyelidik mendapati pertengkaran di antara adik-beradik dapat meningkatkan kemahiran sosial, kosa kata dan perkembangan kendiri.
Mereka mengatakan bertengkar dapat mengembangkan daya saing dan membantu seseorang itu menjadi lebih terkenal dan berjaya di sekolah.
Dr Claire Hughes dari Kolej Newnham, Cambridge, United Kingdom (UK) berkata penyelidikannya mendapati anak-anak yang bertengkar sebenarnya mendapat manfaat daripada pertengkaran itu.
“Ibu bapa yang letih dengan pertengkaran di kalangan anak-anak mereka harus berasa selesa kerana anak-anak mereka sedang mempelajari kemahiran sosial yang penting,” katanya dipetik Daily Mail.
Beliau berkata anak kedua menunjukkan keputusan lebih baik dalam ujian dan mempunyai pemahaman sosial lebih baik yang menjadikan mereka lebih terkenal di kemudian hari.
“Pandangan tradisional menyatakan mempunyai abang atau kakak membawa kepada persaingan untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang ibu bapa.
“Malah, dalam banyak kajian kami lakukan bukti menunjukkan pemahaman sosial anak-anak dipercepatkan oleh interaksi mereka dengan adik-beradik,” kata Dr Hughes.
Kajian itu membabitkan pemerhatian ke atas tingkah laku 250 kanak-kanak.
“Kanak-kanak boleh mengajar orang dewasa beberapa perkara tentang meleraikan pertikaian kerana mereka sering menyelesaikan pertikaian dengan cepat untuk kembali bermain.
“Mereka dapat menyelesaikan masalah antara mereka yang mungkin sukar diuruskan ibu bapa, tingkah laku ini menunjukkan sikap ambil berat mereka terhadap sesuatu perkara” kata Dr Hughes.
Kajian juga menunjukkan kanak-kanak Cina menunjukkan keputusan teruk berbanding kanak-kanak British dan Amerika kerana “dasar satu anak”. – The Merdeka Times