Terkini
Pemansuhan Seksyen 498 jenayah goda isteri orang, tidak jejaskan peranan agensi agama – Menteri Agama
Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak menjejaskan peranan agensi-agensi agama untuk melaksanakan usaha pengukuhan institusi keluarga.
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agensi-agensi agama di bawahnya akan terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
- “Pun begitu, jika dilihat daripada aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha meruntuhkan rumah tangga.
- “Selaras hukum syarak ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.
- “Sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
KUALA LUMPUR —- Pemansuhan Seksyen 498 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini tidak menjejaskan peranan agensi-agensi agama untuk melaksanakan usaha pengukuhan institusi keluarga.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata agensi-agensi agama di bawahnya akan terus melaksanakan program pengukuhan institusi keluarga yang menghayati nilai-nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
Katanya, pemansuhan itu dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif Hakim berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian terbaik, justeru beliau menyeru semua pihak menghormati keputusan terbabit.
“Pun begitu, jika dilihat daripada aspek hukum syarak, Islam sangat mementingkan keharmonian rumah tangga dan ikatan perkahwinan pasangan suami isteri. Islam melarang perbuatan mengganggu isteri orang atau sebarang usaha meruntuhkan rumah tangga.
“Selaras hukum syarak ini, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] telah menjadikan perbuatan mengganggu keharmonian rumah tangga sebagai suatu kesalahan.
“Sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 36 mengenai kesalahan memujuk lari perempuan bersuami, seksyen 37 mengenai kesalahan menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri dan seksyen 38 mengenai kesalahan menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Na’im berkata peruntukan-peruntukan itu secara tidak langsung dapat menjamin keharmonian rumah tangga selaras kehendak syarak.
Beliau menyeru seluruh umat Islam khususnya para suami dan isteri untuk berganding bahu melaksanakan kewajipan masing-masing dan saling memperkukuh institusi keluarga.
“Masing-masing mempunyai kewajipan tersendiri untuk membangunkan keluarga demi anak-anak dan generasi Al-Falah.
“Selain itu, semua pihak juga adalah dipohon supaya saling meningkatkan akhlak dalam pergaulan seharian agar sentiasa sejajar dengan pedoman ajaran agama Islam,” katanya.
Mahkamah Persekutuan pada 17 Disember lalu, membatalkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki menggoda isteri orang, kerana ia tidak berperlembagaan.
Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara dilaporkan berkata, panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Dato’ Setia Dr. Naim