Connect with us

Terkini

Kami akan jadikan Beirut seperti Gaza, Netanyahu beri amaran kepada Hizbullah

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Kami akan jadikan Beirut seperti Gaza, Netanyahu beri amaran kepada Hizbullah
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.
  • “Jika Hizbullah memilih untuk memulakan peperangan secara menyeluruh, maka keadaan yang berlaku di Gaza dan Khan Younis akan terjadi kepada Beirut dan selatan Lubnan,” kata Netanyahu dipetik Jerusalem Post pada Khamis.
  • Hizbullah menunjukkan solidaritinya terhadap kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas dengan melancarkan serangan ke wilayah negara haram Israel sejak meletusnya perang terkini bermula 7 Oktober lalu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran kepada Hizbullah untuk tidak memulakan ‘Perang Lubnan ketiga’ susulan serangan kumpulan itu di utara wilayah haram Israel.

Netanyahu semasa lawatan ke markas kem komando rejim itu di utara Israel berkata pihaknya akan memastikan mereka memenangi peperangan itu sekiranya ia berlaku.

“Jika Hizbullah memilih untuk memulakan peperangan secara menyeluruh, maka keadaan yang berlaku di Gaza dan Khan Younis akan terjadi kepada Beirut dan selatan Lubnan.

“Saya di sini bersama anggota-anggota tentera menunjukkan semangat besar dan bersiap siaga untuk bertempur, menyelesaikan tugas, mengembalikan keamanan bukan hanya di selatan tetapi juga di utara. Ini adalah komitmen kami,” kata Netanyahu dipetik Jerusalem Post pada Khamis.

Hizbullah menunjukkan solidaritinya terhadap kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas dengan melancarkan serangan ke wilayah negara haram Israel sejak meletusnya perang terkini bermula 7 Oktober lalu.

Bagaimanapun, kumpulan pejuang Syiah itu menahan daripada melancarkan kempen ketenteraan berskala besar bagi mengelakkan peperangan serantau lebih meluas.

Sejarah konflik antara negara haram Israel dengan Lubnan menyaksikan dua kali peperangan iaitu pada 1982 dan 2006.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending