Antarabangsa
Romania belum sedia iktiraf hak pasangan sejenis
Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
- Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
- ECHR pada Mei lalu menyatakan Romania gagal menguatkuasakan hak pasangan sejenis kerana ia menafikan pengiktirafan hubungan kelompok songsang itu.
- Ditanya sama ada Romania akan menguatkuasakan keputusan itu, Ciolacu memberi penjelasan lanjut isu tersebut ketika bersiaran di stesen radio Europa FM.
- “Masyarakat Romania belum bersedia untuk sebarang keputusan buat masa ini. Ia bukan salah satu dari prioriti saya dan… saya tak rasa Romania sudah bersedia,” kata Ciolacu.
- Tinjauan kumpulan hak LGBT, ACCEPT pada 2021 menunjukkan walaupun 71 peratus warga Romania berpendapat pengiktirafan undang-undang sivil bagi pasangan sejenis tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupan mereka, namun tinjauan itu juga menunjukkan hanya 43 peratus menyokongnya.
Romania belum bersedia menegakkan hak pasangan sejenis di negara itu selaras keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata Perdana Menteri Romania, Marcel Ciolacu.
ECHR pada Mei lalu menyatakan Romania gagal menguatkuasakan hak pasangan sejenis kerana ia menafikan pengiktirafan hubungan kelompok songsang itu.
Ditanya sama ada Romania akan menguatkuasakan keputusan itu, Ciolacu memberi penjelasan lanjut isu tersebut ketika bersiaran di stesen radio Europa FM.
“Masyarakat Romania belum bersedia untuk sebarang keputusan buat masa ini. Ia bukan salah satu dari prioriti saya dan… saya tidak rasa Romania sudah bersedia.
“Saya bukan seorang yang berfikiran tertutup, saya.. mempunyai kawan yang berhubungan dengan lelaki, saya tiada masalah dengan itu, buat masa ini, saya bercakap dari sudut pandang seorang Perdana Menteri,” kata Ciolacu dipetik Daily Mail.
Romania bakal mengadakan pilihan raya tempatan, Eropah, umum dan presiden pada 2024.
Ciolacu berkata perkara itu bukanlah perkara pertama atau terakhir Romania tidak menguatkuasakan peraturan ECHR.
Tinjauan kumpulan hak LGBT, ACCEPT pada 2021 menunjukkan walaupun 71 peratus warga Romania berpendapat pengiktirafan undang-undang sivil bagi pasangan sejenis tidak memberi apa-apa impak dalam kehidupan mereka, namun tinjauan itu juga menunjukkan hanya 43 peratus menyokongnya.
Sumber: Daily Mail