Connect with us

Antarabangsa

Pihak berkuasa Russia tuntut gerakan LGBT diharamkan, dilabel sebagai ‘ekstremis’

Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu serta melabel gerakan itu sebagai ekstremis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pihak berkuasa Russia tuntut gerakan LGBT diharamkan, dilabel sebagai ‘ekstremis’
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu serta melabel gerakan itu sebagai ekstremis.
  • Kementerian itu di laman web sesawangnya berkata gerakan terbabit melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang melayakkan mereka dikategorikan “kumpulan ekstremis”.
  • Secara spesifiknya, mereka telah menanam benih “perselisihan pada (tahap) agama dan sosial,” kata kenyataan kementerian itu dipetik RT.

Kementerian Kehakiman Russia memfailkan tuntutan kepada Mahkamah Agung untuk mengharamkan operasi “pergerakan awam LGBT antarabangsa” di negara itu serta melabel gerakan itu sebagai ekstremis.

Kementerian itu di laman web sesawangnya berkata gerakan terbabit melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang melayakkan mereka dikategorikan “kumpulan ekstremis”.

Secara spesifiknya, mereka telah menanam benih “perselisihan pada (tahap) agama dan sosial,” kata kenyataan kementerian itu dipetik RT.

Masih belum jelas kumpulan mana yang dilarang secara khusus atau jika label “ekstremis” itu akan memberi kesan terhadap ideologi LGBT itu sendiri sehingga ia menjadi asas untuk tindakan boleh diambil ke atas beberapa pertubuhan.

Organisasi awam songsang terbesar di Russia dikenali dengan panggilan ‘Russian LGBT network’, platform sivil ditubuhkan sekitar pertengahan tahun 2000-an.

Organisasi itu menghimpunkan pelbagai kumpulan serantau yang mendokong hak-hak orientasi seksual minoriti.

Dua tahun lalu, rangkaian organisasi itu dilabel sebagai “ejen warga asing” kerana didapati menjadi sebahagian entiti tersohor antarabangsa iaitu LIGA (Persatuan Lesbian, Gay, Bisexual, Trans dan Intersex Antarabangsa).

LIGA merupakan NGO berpangkalan di Switzerland yang mempromosikan hak-hak Gay dan aktif pada sekitar tahun 1970-an.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Russia secara bertahap mengetatkan undang-undangnya bertujuan mengekang penyebaran ‘Ideologi LGBT’.

Pada 2013, ia mengharamkan ‘propaganda LGBT’ yang dianggap usaha menyasarkan anak-anak kecil.

Larangan itu berkuatkuasa Disember lalu dengan badan perundangan mengenakan denda-denda besar ke atas mereka yang didapati bersalah mempromosikan hubungan seks luar tabii, pedofilia dan transgender, sama ada dalam kalangan dewasa atau kanak-kanak.

Sumber: RT

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *