Connect with us

Terkini

Majlis Ulama Indonesia gesa sijil halal produk berkaitan Israel ditarik semula

Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak supaya sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Majlis Ulama Indonesia gesa sijil halal produk berkaitan Israel ditarik semula
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Majlis Ulama Indonesia (MUI) desak sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.
  • Jurucakap MUI, Ikhsan Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapatkan senarai produk disyaki mempunyai kaitan dengan Israel dan akan segera menyemaknya.
  • “Jika sudah dipastikan dan memang sahih berkaitan, kita desak supaya pihak berkuasa kerajaan menarik balik sijil halal produk tersebut.
  • “Langkah itu bertepatan dengan Fatwa MUI Nombor 83 Tahun 2023 mengenai Fatwa Haram Produk Menyokong Israel,” katanya kepada CNN Indonesia.
  • Tegas Ikhsan, kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam hal tersebut (tarik semula sijil halal) kerana keputusan itu penting dalam membela nasib rakyat Palestin.

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mendesak supaya sijil halal pada produk yang menyumbang kepada Israel perlu ditarik semula.

Jurucakap MUI, Ikhsan Abdullah berkata, pihaknya sudah mendapatkan senarai produk yang disyaki mempunyai kaitan dengan Israel dan akan segera menyemaknya.

“Kita akan menyemak adakah 50 produk halal berkenaan mempunyai kaitan dengan Israel seperti menyumbang dana kepada negara haram itu.

“Jika sudah dipastikan dan memang sahih berkaitan, kita desak supaya pihak berkuasa kerajaan menarik balik sijil halal produk tersebut.

“Langkah itu bertepatan dengan Fatwa MUI Nombor 83 Tahun 2023 mengenai Fatwa Haram Produk Menyokong Israel,” katanya kepada CNN Indonesia.

Fatwa itu berbunyi ‘mendukung kekejaman Israel terhadap Palestin atau pihak yang menyokong Israel, sama ada secara langsung atau tidak hukumnya haram’.

Tegas Ikhsan, kerajaan tidak boleh teragak-agak dalam hal tersebut (tarik semula sijil halal) kerana keputusan itu penting dalam membela nasib rakyat Palestin.

Jelasnya, langkah tersebut merupakan satu daripada cara untuk memastikan mana-mana produk berkaitan Israel tidak boleh masuk ke negara ini.

“Dengan cara itu, kita harap dapat melumpuhkan sektor perdagangan zionis.

“Jika produk itu sudah ditarik balik status halalnya, pasti tidak laku di negara ini,” ujarnya.

Ikhsan memberitahu, satu daripada syarat sesuatu produk untuk masuk ke Indonesia adalah mempunyai sijil halal.

Jelasnya, penarikan balik status halal bukannya menyebabkan produk itu haram, namun hanya bertujuan menjadikannya tidak boleh dijual di Indonesia.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *