Antarabangsa
Houthi Yaman lancar peluru berpandu ke Israel
Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.
- Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.
- Jurucakap tentera kumpulan dari Yaman itu berkata, serangan tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam selepas satu lagi operasi ketenteraan oleh dron ke atas sasaran Israel yang sama.
- “Kami sentiasa memantau dan mencari mana-mana kapal Israel di Laut Merah, terutamanya di Bab al-Mandab, dan berhampiran perairan wilayah Yaman,” kata pemimpin kumpulan itu Abdul-Malik al-Houthi.
- Tentera Israel berkata, ia memintas peluru berpandu itu berhampiran Laut Merah.
Kumpulan Houthi melancarkan peluru berpandu ke atas pelbagai sasaran di Israel, termasuk bandar Eilat di Laut Merah, semalam.
Jurucakap tentera kumpulan dari Yaman itu berkata, serangan tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam selepas satu lagi operasi ketenteraan oleh dron ke atas sasaran Israel yang sama.
Tentera Israel berkata, ia memintas peluru berpandu itu berhampiran Laut Merah.
Menurutnya, sistem pertahanan udara “Arrow” digunakan untuk menembak jatuh peluru berpandu itu selepas siren dibunyikan di bandar pelabuhan Eilat.
Israel mendakwa peluru berpandu itu tidak memasuki wilayahnya, dan tidak menyatakan pihak yang melancarkannya.
Sebelum ini, pemimpin Houthi berkata kumpulan itu akan terus melancarkan serangan terhadap Israel.
“Kami sentiasa memantau dan mencari mana-mana kapal Israel di Laut Merah, terutamanya di Bab al-Mandab, dan berhampiran perairan wilayah Yaman,” kata pemimpin kumpulan itu Abdul-Malik al-Houthi.
Konflik di Gaza telah menyebabkan ketegangan memuncak di seluruh rantau Asia Barat, dengan pertubuhan antarabangsa dan pemimpin politik memberi amaran tentang potensi perang yang lebih meluas di seluruh rantau ini.
Kumpulan bersenjata Lebanon yang disokong Iran, Hezbollah telah berbalas tembakan dengan tentera Israel merentasi sempadan Lebanon-Israel, dan kumpulan bersenjata yang disokong Iran telah menyasarkan tentera AS di Syria dan Iraq.
Amerika Syarikat telah melakukan serangan di Syria sebagai tindak balas.
Sumber: Utusan TV