Connect with us

Terkini

Rejim penjajah Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua terhadap penduduk Palestin

Pemimpin Israel tidak menyembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel akui lakukan ‘Nakba’ kedua terhadap penduduk Palestin
Foto: Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter.
  • Pemimpin Israel tidak sembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.
  • Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter berkata, tindakan itu merupakan ‘Nakba’ atau bencana besar terhadap penduduk Palestin buat kali kedua.
  • Dalam wawancara dengan televisyen tempatan, ketika ditanya sama ada rakyat Gaza mempunyai tempat untuk kembali selepas perang, Dichter memberitahu Channel 12  “kami kini sebenarnya, melancarkan Nakba Gaza.”
  • Nakba merujuk peristiwa pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948 apabila lebih 700,000 penduduk  dihalau dari negara mereka oleh rejim Israel.

TEL AVIV – Pemimpin Israel tidak menyembunyikan niat sebenar mereka apabila mengarahkan lebih 1 juta penduduk di utara Gaza ‘berpindah’ ke selatan.

Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Israel, Avi Dichter secara terus terang berkata, tindakan tersebut merupakan ‘Nakba’ atau bencana besar terhadap penduduk Palestin buat kali kedua.

Dalam wawancara dengan televisyen tempatan, ketika ditanya sama ada rakyat Gaza mempunyai tempat untuk kembali selepas perang, Dichter memberitahu Channel 12  “kami kini sebenarnya, melancarkan Nakba Gaza.”

Nakba merujuk peristiwa pengusiran besar-besaran penduduk Palestin pada tahun 1948 apabila lebih 700,000 penduduk  dihalau dari negara  mereka oleh rejim Israel.

Mereka melarikan diri daripada dibunuh militan Zionis yang melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin di kampung, pekan dan bandar.

Israel mengulangi Nakba kedua terhadap penduduk Palestin dengan mengebom dan melancarkan operasi darat yang telah menyebabkan lebih 11,000 maut dan lebih sejuta terpaksa melarikan diri dari utara ke selatan.

Beberapa pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu dilaporkan berkata, tentera zionis akan terus berada di Gaza walaupun selepas serangan ke atas penduduk awam tamat.

Sumber: MalaysiaGazette

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *