Terkini
Nurul Ain selamat keluar dari Gaza – Kementerian luar
Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron bersama pasangannya yang terperangkap di Gaza, Palestin telah selamat dibawa keluar.
- Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron bersama pasangannya yang terperangkap di Gaza, Palestin telah dibawa keluar.
- Dia dan suaminya, Mohamed A.M.Shaat, warganegara Palestin telah selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 12 November 2023 pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).
- Tindakan evakuasi berkenaan dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi semasa lawatan pada 23 Oktober lalu.
- Ia turut mendapat penyelarasan lanjut Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan di Amman, Jordan.
KUALA LUMPUR- Kementerian Luar Negeri (KLN) Malaysia mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron bersama pasangannya yang terperangkap di Gaza, Palestin telah selamat dibawa keluar.
Pihak kementerian berkata, dia dan suaminya, Mohamed A.M.Shaat, warganegara Palestin dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada 12 November 2023 pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).
Tindakan evakuasi berkenaan dilaksanakan dengan berkesan berikutan pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi semasa lawatan pada 23 Oktober lalu.
Ia turut mendapat penyelarasan lanjut Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir dan di Amman, Jordan.
“Sejurus selepas Nurul Ain dan suami tiba di Lintasan Sempadan Rafah, beliau telah dihubungi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,”
“KLN ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mesir, Qatar, Kedutaan Besar Mesir di Kuala Lumpur dan Kedutaan Besar Qatar di Kuala Lumpur atas jalinan kerjasama serta keutamaan yang telah diberikan kepada Malaysia dalam usaha menjalankan proses evakuasi warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan Wisma Putra pada Isnin.
Terdahulu, media melaporkan Nurul Ain ke Gaza mengikut suaminya pada 1 Oktober lalu selepas enam tahun berkahwin.
Kira-kira seminggu selepas berada di sana, wanita berasal dari Keramat, Kuala Lumpur itu berdepan situasi mencemaskan apabila Gaza mula diserang rejim penjajah Israel sejak 7 Oktober. – The Merdeka Times