Connect with us

Terkini

Konflik Palestin-Israel tidak jejas persiapan haji 2024

Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa komited dalam memastikan keselamatan jemaah haji walaupun ketika konflik Palestin-Israel dilihat semakin meruncing.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Konflik Palestin-Israel tidak jejas persiapan haji 2024
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, TH memberi jaminan konflik tersebut tidak akan menjejaskan persediaan untuk musim haji tahun hadapan.
  • “Persediaan untuk musim haji sudah pun bermula dan diteruskan seperti biasa walaupun ketika berlakunya konflik tersebut.
  • “TH memberi jaminan, 31,600 jemaah haji ini insya-Allah akan menunaikan haji. Bagaimanapun, kita tetap tertakluk pada panduan dan nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Haji Arab Saudi.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa komited dalam memastikan keselamatan jemaah haji walaupun ketika konflik Palestin-Israel dilihat semakin meruncing.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar, TH memberi jaminan konflik tersebut tidak akan menjejaskan persediaan untuk musim haji tahun hadapan.

“Persediaan untuk musim haji sudah pun bermula dan diteruskan seperti biasa walaupun ketika berlakunya konflik tersebut.

“TH memberi jaminan, 31,600 jemaah haji ini insya-Allah akan menunaikan haji. Bagaimanapun, kita tetap tertakluk pada panduan dan nasihat daripada Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Haji Arab Saudi.

“Mereka yang akan menentukan. Oleh itu, apa sahaja arahan atau panduan daripada mereka akan dipatuhi oleh TH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Penghargaan TH kepada Jemaah Haji 144H/2023M di Menara TH Tun Razak, di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Na’im, isu keselamatan para jemaah sudah lama menjadi keutamaan pihak TH dan juga kerajaan Arab Saudi.

“Dari segi keselamatan, TH dan kerajaan Arab Saudi sudah menyediakan insurans dan takaful sejurus selepas jemaah haji terima visa.

“Diharapkan dengan jaminan ini, jemaah haji lebih tenang untuk menunaikan ibadah,” katanya. 

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *