Antarabangsa
Joe Biden akan tangani Islamofobia ketika perang Palestin-Israel
Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.
- Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.
- Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan bersama masyarakat Islam setempat.
- “Biden bertanding jawatan untuk memulihkan jiwa negara AS. Beliau bertegas bahawa tiada ruang untuk kebencian terhadap sesiapa pun di AS.
- “Bagi tempoh yang terlalu lama, umat Islam di AS, dan mereka yang dianggap sebagai Muslim, seperti Arab dan Sikh, mengalami serangan yang didorong oleh kebencian dan penindasan lain yang tidak seimbang,” katanya dalam kenyataan.
- Kajian yang dijalankan Institut Arab AS menunjukkan bahawa pengundi Arab AS secara besar-besaran kini berpaling daripada menyokong Biden.
WASHINGTON: Kerajaan pimpinan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, akan membentuk strategi bagi menangani Islamofobia, ketika ketegangan memuncak di seluruh dunia susulan peperangan Israel-Palestin.
Jurucakap Rumah Putih, Karine Jean-Pierre, berkata strategi itu akan dibangunkan bersama masyarakat Islam setempat.
“Biden bertanding jawatan untuk memulihkan jiwa negara AS. Beliau bertegas bahawa tiada ruang untuk kebencian terhadap sesiapa pun di AS.
“Bagi tempoh yang terlalu lama, umat Islam di AS, dan mereka yang dianggap sebagai Muslim, seperti Arab dan Sikh, mengalami serangan yang didorong oleh kebencian dan penindasan lain yang tidak seimbang,” katanya dalam kenyataan.
Sebelum ini, seorang budak lelaki Palestin berusia enam tahun dibunuh di Chicago, yang dikaitkan dengan konflik berterusan antara Israel dan Palestin.
Pada masa sama, Jean-Pierre berkata, pembunuhan itu disifatkan kejam.
Katanya, AS juga melancarkan rancangan untuk menentang sentimen anti-Yahudi di seluruh negara.
Janji ditunjukkan AS bagi melindungi masyarakat Islam itu dilihat sebagai momentum baharu di saat kritikal ini, walaupun komitmen itu bukan sesuatu yang baharu.
Peperangan yang dilancarkan selepas serangan pejuang Hamas ke atas Israel menyebabkan umat Islam AS takut dengan gelombang permusuhan itu.
Malah, tindakan Biden, yang berkunjung ke Israel bagi menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mencetuskan kritikan daripada umat Islam dan Arab di AS.
Biden, 80, dari parti Demokrat, dituduh menutup mata terhadap penderitaan orang awam Palestin di Semenanjung Gaza, tetapi beliau mempertahankan tindakannya, sebagai usaha untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah yang dikepung.
Kajian yang dijalankan Institut Arab AS menunjukkan bahawa pengundi Arab AS secara besar-besaran kini berpaling daripada menyokong Biden.
Sokongan buat Biden yang akan berdepan pemilihan semula tahun depan, menurun daripada 59 peratus pada 2020 kepada 17 peratus sekarang.
Sumber: Berita Harian