Antarabangsa
Israel bedil kem pelarian Jabalia, lebih 50 rakyat Palestin terkorban
Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.
- Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.
- Pengarah Hospital Indonesia Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dan 150 cedera dalam serangan udara di kawasan berpenduduk padat di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
- Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyalahkan Israel atas serangan itu, manakala tentera Israel masih belum mengulas mengenai letupan itu.
GAZA: Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.
Pengarah Hospital Indonesia Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dan 150 cedera dalam serangan udara di kawasan berpenduduk padat di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyalahkan Israel atas serangan itu, manakala tentera Israel masih belum mengulas mengenai letupan itu.
Sementara itu, jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder memberi amaran tentang risiko kematian bayi akibat dehidrasi.
“Kanak-kanak di Gaza semakin sakit akibat minum air masin,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia