Connect with us

Terkini

PBB gesa koridor kemanusiaan dibuka tanpa syarat

PRESIDEN Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat.

Wartawan TMT

Published

on

PBB gesa koridor kemanusiaan dibuka tanpa syarat
Foto: Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis.
  • Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat.
  • Ketika berucap dalam Sesi Khas Kecemasan ke-10 UNGA di New York pada Khamis, beliau turut menekankan segala bentuk keganasan dan pertumpahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.
  • “Satu-satunya jalan menuju perdamaian yang menyeluruh dan berkekalan ialah penyelesaian dua pihak selaras dengan undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan resolusi negara bersatu yang relevan,” kata beliau ketika membuka sesi itu.

PRESIDEN Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Dennis Francis menggesa agar koridor kemanusiaan dibuka dengan kadar segera, tanpa sebarang syarat.

Ketika berucap dalam Sesi Khas Kecemasan ke-10 UNGA di New York pada Khamis, beliau turut menekankan bahawa segala bentuk keganasan dan pertumpahan darah antara Palestin dan Israel ketika ini dihentikan serta merta.

“Pada ketika ini, langkah segera adalah jelas, keganasan harus disekat dan pertumpahan darah mesti dihalang. Saya menyeru pembebasan segera dan tanpa syarat tebusan-tebusan perang.

“Saya juga menyeru agar gencatan keganasan untuk misi kemanusiaan dilakukan dengan kadar segera dan tanpa syarat.

“Saya turut menyeru pembukaan koridor kemanusiaan tanpa syarat secepat mungkin.

“Satu-satunya jalan menuju perdamaian yang menyeluruh dan berkekalan ialah penyelesaian dua pihak selaras dengan undang-undang antarabangsa, Piagam PBB dan resolusi negara bersatu yang relevan,” kata beliau ketika membuka sesi itu.

Sesi khas ini diadakan selepas Majlis Keselamatan PBB (UNSC) minggu lalu gagal menerima pakai resolusi yang meminta koridor kemanusiaan dalam konflik itu.

Minggu lalu, UNSC yang tidak sependapat mengenai isu Israel-Palestin, menolak draf resolusi Rusia yang menggesa ‘pemberhentian konflik atas dasar kemanusiaan.

Hanya lima daripada 15 negara anggota menyokong resolusi itu, yang mengutuk semua keganasan terhadap orang awam dan semua tindakan pengganas tanpa menamakan Hamas.

Gesaan untuk mengadakan sidang tergempar itu dibuat selepas Duta PBB Jordan, Mahmoud Hmoud dan Duta PBB Mauritania, Sidi Mohamed Laghdaf menghantar surat di bawah kapasiti anggota kumpulan Liga Arab dan Organisasi Kerjasama Islam.

Malah surat gesaan sama turut diterima dari perwakilan Malaysia bersama Indonesia, Laos, Vietnam, Brunei, Kemboja serta Rusia.

Sumber: Astro Awani

Author

Antarabangsa

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

Wartawan TMT

Published

on

Hizbullah serang balas “100 roket Katyusha” ke Israel
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.
  • “Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.
  • Awal hari ini, Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

Hizbullah Lubnan menyerang balas “100 roket Katyusha” menyasar dua kedudukan Israel pada Rabu selepas serangan rejim zionis di selatan Lubnan membunuh seorang komander kanan kumpulan itu.

“Sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap serangan dan pembunuhan musuh” di bandar pantai selatan Tyre, Hizbullah menyerang dua kedudukan Israel di Dataran Tinggi Golan “dengan 100 roket Katyusha,” demikian menurut kenyataan kumpulan itu.

Roya News melaporkan Hizbullah mengumumkan pembunuhan seorang komander kanannya pada Rabu dalam serangan Israel ke atas sebuah kenderaan di selatan Lubnan.

“Seorang komander Hizbullah yang bertanggungjawab terhadap salah satu daripada tiga sektor di selatan Lubnan terbunuh” dalam “serangan Israel ke atas sebuah kereta di Tyre”, kata sumber kepada Agence France-Presse (AFP).

Komander terbunuh ialah Mohamed Naim Nasser, 59 tahun, ketua unit Aziz Hizbullah yang mengawal salah satu daripada tiga bahagian wilayah selatan Lubnan.

Unit itu bertanggungjawab terhadap daerah timur di sempadan Lubnan dan Israel. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending