Antarabangsa
Iran desak embargo minyak, sekatan ke atas Israel
Negara anggota Persidangan Kerjasama Islam (OIC) digesa melaksanakan embargo minyak ke atas Israel susulan tindakan rejim itu menyerang Hospital Al-Ahli Arab di Gaza kelmarin, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian.
- Negara anggota Persidangan Kerjasama Islam (OIC) digesa melaksanakan embargo minyak ke atas Israel susulan tindakan rejim itu menyerang Hospital Al-Ahli Arab di Gaza kelmarin, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian.
- Menteri Iran itu berkata bentuk sekatan lain juga perlu dikenakan ke atas Israel selain menghalau wakil diplomat negara haram itu dari negara masing-masing.
- Amirabdollahian berkata demikian dalam kenyataan pada Rabu dalam mesyuarat tergempar OIC di Jeddah, Arab Saudi bagi membincangkan konflik Israel-Palestin yang semakin meruncing.
- “Menteri luar negeri menyeru dilakukan sekatan penuh dan segera ke atas Israel oleh negara-negara Islam, termasuk sekatan minyak, dan penyingkiran duta Israel jika hubungan dengan rejim Zionis telah diwujudkan,” katanya.
Negara anggota Persidangan Kerjasama Islam (OIC) digesa melaksanakan embargo minyak ke atas Israel susulan tindakan rejim itu menyerang Hospital Al-Ahli Arab di Gaza kelmarin, kata Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian.
Menteri Iran itu berkata bentuk sekatan lain juga perlu dikenakan ke atas Israel selain menghalau wakil diplomat negara haram itu dari negara masing-masing.
Amirabdollahian berkata demikian dalam kenyataan pada Rabu dalam mesyuarat tergempar OIC di Jeddah, Arab Saudi bagi membincangkan konflik Israel-Palestin yang semakin meruncing.
“Menteri luar negeri menyeru dilakukan sekatan penuh dan segera ke atas Israel oleh negara-negara Islam, termasuk sekatan minyak, dan penyingkiran duta Israel jika hubungan dengan rejim Zionis telah diwujudkan,” katanya.
Iran yang tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel itu turut menggesa pembentukan pasukan peguam Islam untuk mendokumentasikan jenayah perang dilakukan Israel di Gaza.
Pada Selasa, serangan udara Israel ke atas sebuah hospital di Gaza membunuh kira-kira 500 orang dan menurut penduduk Palestin, ia merupakan serangan terburuk sejak bermulanya keganasan 7 Oktober lalu.
Pihak Berkuasa Kesihatan di Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 3,300 warga Palestin terkorban dalam konflik 11 hari itu dengan 13,000 cedera. Di Israel pula, angka kematian mencatat kiraan 1,400 orang dengan kecederaan 4,475 orang.
Sumber: Al Jazeera, Iran Intl