Connect with us

Terkini

Upacara masukkan muka dalam minyak panas di tokong Cina dikutuk netizen

Aksi sekumpulan individu di upacara di sebuah tokong Cina di Pulau Pinang yang memasukkan muka dan tangan mereka ke dalam minyak panas serta menghirup minyak panas itu tanpa mengalami kecederaan menarik perhatian ramai dengan ada dalam kalangan netizen mengutuk aksi itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Upacara masukkan muka dalam minyak panas di tokong Cina dikutuk netizen
Foto: Upacara di sebuah tokong Cina di Pulau Pinang.
  • Aksi sekumpulan individu di upacara di sebuah tokong Cina di Pulau Pinang yang memasukkan muka dan tangan mereka ke dalam minyak panas serta menghirup minyak panas itu tanpa mengalami kecederaan menarik perhatian ramai dengan ada dalam kalangan netizen mengutuk aksi itu.
  • Menurut Sin Chew Daily, upacara itu berlangsung di Tokong Kew Ong Yeah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sempena hari pertama sambutan kelahiran Sembilan Maharaja Dewa pada malam 15 Oktober lalu.
  • Antara acara kemuncak dalam majlis itu adalah upacara menghasilkan minyak ubat Pak Chow.
  • “Dewa tidak perlukan manusia untuk binasakan diri, tetapi galakkan manusia untuk berbelas kasihan, manusia dan bumi baru ada harapan,” komen netizen.

Aksi sekumpulan individu di upacara di sebuah tokong Cina di Pulau Pinang yang memasukkan muka dan tangan mereka ke dalam minyak panas serta menghirup minyak panas itu tanpa mengalami kecederaan menarik perhatian ramai dengan ada dalam kalangan netizen mengutuk aksi itu.

Menurut Sin Chew Daily, upacara itu berlangsung di Tokong Kew Ong Yeah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang sempena hari pertama sambutan kelahiran Sembilan Maharaja Dewa pada malam 15 Oktober lalu.

Antara acara kemuncak dalam majlis itu adalah upacara menghasilkan minyak ubat Pak Chow.

Foto: Komen netizen.

Namun, upacara itu mendapat komen daripada netizen.

“Dewa tidak perlukan manusia untuk binasakan diri, tetapi galakkan manusia untuk berbelas kasihan, manusia dan bumi baru ada harapan,” komen netizen.

Sebelum upacara itu berlangsung, orang ramai membuat penyembahan di depan kuali besar dan menampalkan kertas azimat pada kuali itu.

Setelah api dinyalakan, beberapa tong minyak kelapa dituangkan ke dalam kuali besar itu.

Beberapa ahli upacara dikenali sebagai Ji Tong mengelilingi kuali minyak dan meletakkan tangan mereka ke dalam kuali untuk menguji suhu minyak panas itu.

Apabila minyak itu cukup panas, para Ji Tong merendam muka dan tangannya ke dalam kuali, menghirup minyak panas dan menyemburkannya ke dalam api untuk menyemarakkan api. 

Minyak ubat Pak Chow yang dihasilkan itu akan dijual dalam botol kecil.

Ji Tong merupakan individu yang menjadi perantara roh dalam upacara kepercayaan Cina di mana masyarakat Cina percaya dewa akan memasuki badan Ji Tong untuk berinteraksi dengan manusia. – The Merdeka Times

Sumber: Sin Chew Daily

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *