Connect with us

Terkini

TikTok: Operasi di Malaysia perlu ikut garis panduan, patuhi undang-undang

Operasi TikTok di Malaysia perlu mengikut garis panduan dan undang-undang negara ini. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

TikTok: Operasi di Malaysia perlu ikut garis panduan, patuhi undang-undang
Foto: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
  • Operasi TikTok di Malaysia perlu ikut garis panduan dan undang-undang negara ini. 
  • Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan platform media sosial itu juga perlu lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan termasuk penularan bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB).
  • “Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal ini mesti diperbetul segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR – Operasi TikTok di Malaysia perlu mengikut garis panduan dan undang-undang negara ini. 

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menegaskan platform media sosial itu juga perlu lebih proaktif mengekang penularan berita palsu dan bahan berbaur fitnah yang disebarkan di platform berkenaan termasuk penularan bersifat ‘Coordinated Inauthentic Behaviour’ (CIB).

“Saya tekankan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih tidak memuaskan dan hal ini mesti diperbetul segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Fahmi yang telah bertemu dengan pengurusan tertinggi TikTok yang diketuai Naib Presiden Globalnya, Helena Lersch pada Rabu turut menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit.

“Pihak TikTok mengakui terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini,” kata Fahmi.

Fahmi berkata, TikTok telah memberikan jaminan dan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dengan kerajaan dan akan menyelesaikan isu berkenaan dengan kadar segera.

Sumber: Berita RTM

Author