Antarabangsa
Lebih 700 warga Palestin maut dalam serangan udara rejim Israel di Gaza
Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.
- Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.
- Kementerian itu dipetik agensi berita Anadolu berkata, jumlah kematian itu, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah mereka cedera meningkat kepada sekitar 4,000.
- Pesawat perang Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian Semenanjung Gaza.
- Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.
Jumlah rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara rejim Israel di Gaza meningkat kepada 704 mangsa, termasuk kanak-kanak dan wanita, kata Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza awal hari ini.
Kementerian itu dipetik agensi berita Anadolu berkata, jumlah kematian itu, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita, manakala jumlah mereka cedera meningkat kepada sekitar 4,000.
Pesawat perang Israel dilaporkan terus melancarkan serangan udara ke atas sasaran di pelbagai bahagian Semenanjung Gaza.
Kumpulan pembebasan Palestin di Gaza, Hamas melancarkan Operasi Taufan Al-Aqsa ke atas Israel awal Sabtu lalu, melepaskan tembakan roket dan menyusup masuk ke Israel melalui darat, udara dan laut.
Hamas berkata serangan mengejut itu sebagai tindak balas terhadap penyerbuan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis Timur yang diduduki serta peningkatan keganasan peneroka haram Israel.
Sebagai tindakan balas, tentera Israel melancarkan ‘Operation Swords of Iron’ terhadap Hamas di Semenanjung Gaza.
Sekurang-kurangnya 900 warga Israel terbunuh dan lebih 2,600 cedera dalam pertempuran itu, demikian menurut Kementerian Kesihatan Israel.
Sumber: Anadolu Ajansi