Connect with us

Terkini

Belum ada keperluan mendesak untuk guna stok penimbal beras – Mat Sabu

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Belum ada keperluan mendesak untuk guna stok penimbal beras - Mat Sabu
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.
  • Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 250,000 tan metrik bertindak sebagai stok penimbal dan 650,000 tan metrik bagi stok dagangan yang mencukupi ketika ini. 
  • Katanya, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan, negara mempunyai stok bekalan beras sebanyak 900,000 tan bagi menampung keperluan beras negara untuk tempoh empat hingga lima bulan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 250,000 tan metrik bertindak sebagai stok penimbal dan 650,000 tan metrik bagi stok dagangan yang mencukupi ketika ini. 

Oleh itu, katanya, masih belum ada keperluan mendesak yang bersifat kecemasan untuk menggunakan stok penimbal beras kerana stok dagangan sedia ada sebanyak 650,000 tan masih mencukupi bagi menampung keperluan domestik.

Katanya lagi, kerajaan kini giat melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan pengeluaran hasil padi negara supaya mencapai sasaran Kadar Sara Diri (SSR) beras iaitu sebanyak 80 peratus menjelang 2030.

“Antara inisiatif dilakukan adalah pelaksanaan program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang diperluas dengan menyasarkan pelaksanaan program di kawasan seluas 150,000 hektar sawah padi dengan purata pengeluaran hasil sebanyak tujuh tan bagi setiap hektar.

“Program ini dilaksana berdasarkan kepada empat model iaitu model SMART SBB Padi Putih, SMART SBB Padi Wangi, SMART SBB Asnaf dan SMART SBB Mini Sekinchan.

“Program ini tidak menggunakan sebarang peruntukan tambahan daripada kerajaan, malah, syarikat peneraju akan menanggung kos pelaksanaan operasi sehingga RM3,200 per hektar,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi mencari penyelesaian terbaik dalam isu sekatan eksport.

“Saya selaku menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani Negara India dalam masa terdekat.

“Selain itu, Padiberas Nasional Berhad (Bernas) turut terbabit dalam perundingan bersama negara sumber beras yang lain seperti Vietnam, Thailand dan Kemboja,” katanya. 

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *