Antarabangsa
UK rancang larang transgender dari wad wanita
Setiausaha Kesihatan Britain, Steve Barclay mencadangkan larangan transgender di hospital daripada dimasukkan ke wad wanita.

- Setiausaha Kesihatan Britain, Steve Barclay mencadangkan larangan transgender di hospital daripada dimasukkan ke wad wanita.
- Langkah itu diambil bagi menjamin hak pesakit supaya dapat dijaga dan diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat di wad dikongsikan bersama jantina biologi sama.
- Ketika ini, Panduan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain membenarkan pesakit ditempatkan di wad berdasarkan jantina pilihan mereka.
- Pelan Barclay itu dilaporkan kelak akan menempatkan pesakit trans di “penginapan berasingan.”
- Sumber rapat dengan setiausaha kesihatan itu dipetik berkata bahawa Barclay “muak dengan agenda dan kerosakan yang timbul dengan contoh bahasa seperti ‘chestfeeding’, selain penggunaan ‘orang’ hamil berbanding ‘wanita’ hamil”.
Setiausaha Kesihatan Britain, Steve Barclay mencadangkan larangan transgender di hospital daripada dimasukkan ke wad wanita.
Cadangan itu dilaporkan akan diumumkan secara rasmi pada persidangan Parti Konservatif pada Selasa, lapor Telegraph.
Langkah itu diambil bagi menjamin hak pesakit supaya dapat dijaga dan diberikan perhatian oleh doktor dan jururawat di wad dikongsikan bersama jantina biologi sama.
Ketika ini, Panduan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain membenarkan pesakit ditempatkan di wad berdasarkan jantina pilihan mereka.
Pelan Barclay dilaporkan kelak akan menempatkan pesakit trans di “penginapan berasingan.”
Barclay pada Isnin berkata; “Kita memerlukan pendekatan yang waras terhadap isu seks dan kesaksamaan di NHS.
“Dan saya boleh mengesahkan bahawa bahasa berkaitan seks (jantina) kini telah dipulihkan sepenunya di halaman nasihat kesihatan atas talian berkenaan kanser serviks, ovari dan menopaus,” kata Barclay dalam kenyataan kepada Telegraph.
Barclay juga memaklumkan dia sebenarnya berusaha untuk melindungi “privasi, maruah, dan keselamatan semua pesakit”.
Sumber rapat dengan setiausaha kesihatan itu dipetik berkata bahawa Barclay “muak dengan agenda dan kerosakan yang timbul dengan contoh bahasa seperti ‘chestfeeding’, selain penggunaan ‘orang’ hamil berbanding ‘wanita’ hamil”.
Sumber: RT
