Antarabangsa
Jangan tetapkan pemakaian wanita di Olimpik 2024, PBB tegur larangan bertudung Perancis
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
- “Tiada siapa yang patut menetapkan kepada seorang wanita apa yang patut dipakai atau tidak dipakainya,” kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Marta Hurtado kepada pemberita di Geneva dipetik Today Online.
- Komen Hurtado itu susulan Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera mengumumkan atlet negara itu dilarang memakai tudung semasa Olimpik 2024 selaras dengan aturan ketat sekularisme negara itu.
- Oudea-Castera pada Ahad lalu memaklumkan Kerajaan Perancis melarang paparan simbol keagamaan semasa acara temasya sukan itu.
GENEVA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa menegaskan mereka menentang kebanyakan kod pakaian wanita ditetapkan selepas Perancis melarang atletnya dari memakai tudung bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
“Tiada siapa yang patut menetapkan kepada seorang wanita apa yang patut dipakai atau tidak dipakainya,” kata Jurucakap Pejabat Hak Asasi PBB, Marta Hurtado kepada pemberita di Geneva dipetik Today Online.
Komen Hurtado itu susulan Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera mengumumkan atlet negara itu dilarang memakai tudung semasa Olimpik 2024 selaras dengan aturan ketat sekularisme negara itu.
Oudea-Castera pada Ahad lalu memaklumkan Kerajaan Perancis melarang paparan simbol keagamaan semasa acara temasya sukan itu.
“Apa maksudnya? Ini bermaksud larangan apa saja bentuk dakwah, satu (sikap) neutral secara mutlak dalam perkhidmatan awam,” kata menteri sukan itu kepada televisyen France 3.
“Pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,”kata Amelie Oudea-Castera.
Hurtado tidak mengkritik pendirian Perancis itu secara langsung tetapi menegaskan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) menolak amalan diskriminasi.
“Mana-mana ahli negara konvensyen itu, dalam hal ini Perancis, mempunyai tanggungjawab untuk mengubah suai corak sosial atau budaya yang berpandukan idea merendahkan atau meninggikan mana-mana jantina,” katanya.
Beliau juga menegaskan; “Amalan diskriminasi terhadap mana-mana kumpulan boleh menyebabkan kesan berbahaya”.
Undang-undang Perancis melarang pemakaian simbol agama yang ‘menarik perhatian’ dalam beberapa konteks seperti di sekolah negeri atau penggunaan sebagai penjawat awam.
Di Perancis, pengharaman penutupan muka secara penuh pada 2010 juga diikuti keputusan Majlis Negara Perancis pada Jun lalu yang mengekalkan larangan pemain bola sepak wanita dari memakai tudung.
Sumber: Today Online