Antarabangsa
30 organisasi media ditubuhkan sejak pertukaran kerajaan di Afghanistan
Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.
- Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, dua tahun lalu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.
- Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan berkata pelbagai usaha sedang dijalankan kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dihadapi media di seluruh negara itu.
- “Selepas Emeriyah Islam berkuasa, antara 25 hingga 30 organisasi media memulakan semula operasi. Kebanyakan darinya adalah stesen radio yang aktif di banyak kawasan di seluruh negara,” kata timbalan menteri berkenaan, Hayatullah Mahajar Farahi dipetik TOLO News pada Selasa lalu.
- Organisasi pendokong media berkata hampir 300 organisasi media menghentikan aktiviti mereka di seluruh Afghanistan dengan 50 peratus daripadanya ditutup atas faktor cabaran ekonomi.
- Difahamkan, majoriti organisasi media sebelum ini bergantung kepada dana asing untuk beroperasi sepertimana kebergantungan besar Republik Islam Afghanistan (IRA) kepada kuasa barat sebelum Taliban mengambil alih pentadbiran negara itu pada Ogos 2021.
Hampir 30 organisasi media ditubuhkan sejak Kerajaan Emeriyah Islam Afghanistan (IEA) diterajui Taliban berkuasa di negara itu, demikian menurut Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan.
Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Afghanistan berkata pelbagai usaha sedang dijalankan kerajaan bagi menyelesaikan pelbagai cabaran dihadapi media di seluruh negara itu.
“Selepas Emeriyah Islam berkuasa, antara 25 hingga 30 organisasi media memulakan semula operasi. Kebanyakan darinya adalah stesen radio yang aktif di banyak kawasan di seluruh negara,” kata timbalan menteri berkenaan, Hayatullah Mahajar Farahi dipetik TOLO News pada Selasa lalu.
Organisasi pendokong media berkata hampir 300 organisasi media menghentikan aktiviti mereka di seluruh Afghanistan dengan 50 peratus daripadanya ditutup atas faktor cabaran ekonomi.
“Hampir 50 peratus organisasi media ditutup dalam tempoh ini, dengan lebih 50 peratus masih aktif,” kata Ketua Kesatuan Wartawan Kebangsaan Afghanistan (ANJU), Masroor Lutfi.
Difahamkan, majoriti organisasi media sebelum ini bergantung kepada dana asing untuk beroperasi sepertimana kebergantungan besar Republik Islam Afghanistan (IRA) kepada kuasa barat sebelum Taliban mengambil alih pentadbiran negara itu pada Ogos 2021.
Data terkini ANJU menunjukkan hampir 80 saluran TV, 200 stesen radio dan sekitar 10 agensi berita serta 14 organisasi media cetak masih aktif di Afghanistan.
Sumber: TOLO News