Connect with us

Terkini

Wakil rakyat Muslim digelar ‘pengganas’, ‘bapa ayam’ dalam sidang Parlimen India

Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wakil rakyat Muslim digelar ‘pengganas', 'bapa ayam’ dalam sidang Parlimen India
Foto: Parti Pembangkang BSP, Kunwar Danish Ali (kiri) & Ahli Parlimen BJP, Ramesh Bidhuri (kanan).
  • Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.
  • Dalam sesi perbahasan Parlimen Khamis lalu, Ahli Parlimen BJP Ramesh Bidhuri menggelar Kunwar Danish Ali dari parti pembangkang Parti Bahujan Samaj (BSP) “pengganas” dan “bapa ayam”.
  • “Kamu pengganas… Saya beritahu kamu, kamu (orang yang) berkhatan,” kata Ahli Parlimen Selatan Delhi itu dalam bahasa Hindi dipetik AlJazeera, mengungkapkan kata cemuhan yang biasa dilontarkan kepada orang Islam di India.
  • Ali berkata jika seorang wakil rakyat yang dipilih boleh diancam di dalam Parlimen seperti apa berlaku pada dirinya, maka “ia memberi banyak maklumat berkenaan apa yang rata-rata Muslim di negara ini (India) bakal hadapi”.

NEW DELHI – Seorang penggubal undang-undang dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) mengeluarkan kenyataan Islamofobia dan penghinaan terhadap seorang Ahli Parlimen Muslim ketika Parlimen bersidang.

Dalam sesi perbahasan Parlimen Khamis lalu, Ahli Parlimen BJP Ramesh Bidhuri menggelar Kunwar Danish Ali dari parti pembangkang Parti Bahujan Samaj (BSP) “pengganas” dan “bapa ayam”.

“Kamu pengganas… Saya beritahu kamu, kamu (orang yang) berkhatan,” kata Ahli Parlimen Selatan Delhi itu dalam bahasa Hindi dipetik Al Jazeera, mengungkapkan kata cemuhan yang biasa dilontarkan kepada orang Islam di India.

Bidhuri turut berkata; “Saya akan jumpa ‘Mullah’ ini di luar,” dalam ancamannya pada penghujung video yang tular itu, sambil dua pemimpin kanan BJP dan bekas menteri di sebelahnya ketawa.

Mullah juga antara perkataan yang digunakan bagi mencemuh orang Islam di Asia Selatan.

Kenyataan itu turut mencetuskan reaksi marah parti pembangkang dan pengguna media sosial yang menuntut supaya tindakan tegas dikenakan terhadap Bidhuri.

Ali memberitahu Al Jazeera bahawa dia kecewa dan sakit hati dengan kenyataan yang dilontarkan kepadanya itu, tetapi “tidak terkejut”.

“Saya ingin bertanya kepada Mohan Bhagwat dan Perdana Menteri (Narendra) Modi; Adakah ini yang RSS ajar kepada kadernya di sekolah mereka?,” kata Ali.

RSS merujuk kepada Rashtriya Swayamsevak Sangh atau Persatuan Sukarelawan Kebangsaan, mentor ideologi sayap kanan BJP yang memerintah dan bertujuan mewujudkan sebuah negara etnik Hindu di negara paling ramai penduduk di dunia itu. 

Bhagwat yang mengetuai RSS, mempunyai berjuta-juta ahli seumur hidup di India dan di luar negara.

Ali berkata jika seorang wakil rakyat yang dipilih boleh diancam di dalam Parlimen seperti apa berlaku pada dirinya, maka “ia memberi banyak maklumat berkenaan apa yang rata-rata Muslim di negara ini (India) bakal hadapi”.

Sumber: Al Jazeera

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *