Terkini
MAPIM, NGO laksana kempen perangi fitnah menerusi media sosial
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.
- Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat itu akan menjalankan kempen bagi mendidik masyarakat mengenai maklumat fitnah serta memantau maklumat disebarkan menerusi media sosial dan akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diambil tindakan selanjutnya.
- “Apa yang kita akan lakukan ialah menerusi penerbitan risalah, forum, seminar, kuliah, jelajah, wacana serta dialog. Kita juga akan cuba membantu MCMC untuk memantau… kalau kami dapati ada fitnah, kita akan laporkan kepada MCMC dan buktikan dari sumber mana.
- “Sampai ke peringkat laporan polis pun kita akan gerakkan tetapi program pendidikan sangat penting dalam mendidik masyarakat tentang bahaya fitnah,” katanya kepada pemberita pada Seminar Membangun Masyarakat Budaya Tabayyun di sini semalam.
ALOR SETAR — Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengambil inisiatif mewujudkan Sekretariat Anti Fitnah (SAF) bagi memerangi penyebaran maklumat berunsur fitnah menerusi media sosial.
Presiden MAPIM Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekretariat itu akan menjalankan kempen bagi mendidik masyarakat mengenai maklumat fitnah serta memantau maklumat disebarkan menerusi media sosial dan akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk diambil tindakan selanjutnya.
“Apa yang kita akan lakukan ialah menerusi penerbitan risalah, forum, seminar, kuliah, jelajah, wacana serta dialog. Kita juga akan cuba membantu MCMC untuk memantau… kalau kami dapati ada fitnah, kita akan laporkan kepada MCMC dan buktikan dari sumber mana.
“Sampai ke peringkat laporan polis pun kita akan gerakkan tetapi program pendidikan sangat penting dalam mendidik masyarakat tentang bahaya fitnah,” katanya kepada pemberita pada Seminar Membangun Masyarakat Budaya Tabayyun di sini semalam.
Beliau berkata antara NGO yang terbabit dalam inisiatif itu ialah Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA), Inisiatif Madani Rakyat Darul Aman dan Tabayyun Media Network.
Mohd Azmi berkata kempen itu yang menyasarkan generasi muda dan mahasiswa akan dimulakan di Kedah sebelum diperluas di negeri lain antaranya Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
“Fitnah dan menyebar maklumat palsu sangat besar kesannya yang boleh mencetus ketegangan, kekeliruan, prasangka, kezaliman dan permusuhan dan ini mesti kita bendung dengan tegas,” katanya. — BERNAMA
Sumber: Bernama