Terkini
FAMA anjur jualan beras di enam outlet di Negeri Sembilan hari ini
FAMA akan mengadakan jualan beras putih tempatan di enam outlet di Negeri Sembilan, bermula hari ini.
- FAMA akan mengadakan jualan beras putih tempatan di enam outlet di Negeri Sembilan, hari ini.
- Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata enam outlet itu adalah di Pusat Operasi FAMA Senawang, Pusat Operasi FAMA Seremban, Pusat Operasi FAMA Jelebu, Pusat Operasi FAMA Kuala Pilah dan Pasar Tani Keluarga Malaysia (PTKM) Palong.
- Jalaluddin berkata, bekalan beras tempatan untuk Negeri Sembilan dan Jelebu khusus akan diuruskan sebaiknya bagi memenuhi keperluan rakyat.
- “Bermula hari ini bekalan beras tempatan akan dibekalkan oleh FAMA ke Negeri Sembilan sebanyak 20 metrik tan dan Jelebu akan menerima sebanyak 3.5 metrik tan manakala harga jualan adalah RM26/10 kilogram,” katanya.
JELEBU: FAMA akan mengadakan jualan beras putih tempatan di enam outlet di Negeri Sembilan, bermula hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata enam outlet itu adalah di Pusat Operasi FAMA Senawang, Pusat Operasi FAMA Seremban, Pusat Operasi FAMA Jelebu, Pusat Operasi FAMA Kuala Pilah dan Pasar Tani Keluarga Malaysia (PTKM) Palong.
“Jualan bermula dari jam 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.
“Bagaimana orang ramai diingatkan membeli mengikut keperluan semasa dan tidak membuat pembelian panik bagi kesejahteraan semua pihak,” katanya ketika dihubungi.
Jalaluddin berkata, bekalan beras tempatan untuk Negeri Sembilan dan Jelebu khusus akan diuruskan sebaiknya bagi memenuhi keperluan rakyat.
“Bermula hari ini bekalan beras tempatan akan dibekalkan oleh FAMA ke Negeri Sembilan sebanyak 20 metrik tan dan Jelebu akan menerima sebanyak 3.5 metrik tan manakala harga jualan adalah RM26/10 kilogram.
“Bekalan ini akan ditambah dari masa ke semasa untuk memenuhi keperluan harian penduduk,” katanya.
Sumber: Berita Harian