Connect with us

Antarabangsa

Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel

Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.
  • “Tepat pada jam 17:22 tengah hari (13 September 2023), rejim Israel melancarkan serangan udara dari arah Laut Mediterranean, disasarkan ke beberapa tapak pertahanan udara Tartus”, lapor agensi berita SANA.
  • “Pencerobohan itu menyebabkan dua tentera terbunuh dan enam lagi cedera,” kata agensi berita itu.
  • Rejim Israeil berulang kali menyatakan yang ia tidak akan membenarkan musuh utamanya iaitu Iran, yang menyokong Damsyik, untuk meluaskan pengaruh mereka di wilayah konflik itu.

Dua tentera Syria terbunuh dalam serangan udara rejim Israel pada Rabu lalu, lapor media kerajaan.

“Tepat pada jam 17:22 tengah hari (13 September 2023), rejim Israel melancarkan serangan udara dari arah Laut Mediterranean, disasarkan ke beberapa tapak pertahanan udara Tartus”, lapor agensi berita SANA.

“Pencerobohan itu menyebabkan dua tentera terbunuh dan enam lagi cedera,” kata agensi berita itu.

Lebih sedekad peperangan di Syria, negara jiran Israel telah melancarkan ratusan serangan udara ke wilayah itu, dengan menyasarkan kedudukan pasukan disokong Iran, pejuang Hizbullah dan tentera Syria.

Pemerhati bagi hak asasi manusia Syria menyatakan serangan itu ditujukan ke depot senjata yang dimiliki Hizbullah.

Pemantau yang berpangkalan di Britain dengan rangkaian sumber Syria itu mengesahkan dua tentera maut dalam insiden serangan udara itu. Seorang lagi pejuang yang kewarganegaraannya tidak diketahui turut terbunuh.

Rejim Israeil berulang kali menyatakan yang ia tidak akan membenarkan musuh utamanya iaitu Iran, yang menyokong Damsyik, untuk meluaskan pengaruh mereka di wilayah konflik itu. 

Sumber: The Times of India

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *