Terkini
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kembali di akhir kes Najib
Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
- Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak
- Bekas Perdana Menteri itu membuat permohonan supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri.
- Selepas Peguam Utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah berkenaan hal tersebut, Muhammad Shafee dilihat memasuki bilik mahkamah dan mengambil alih dengan mengemukakan hujahan.
PUTRAJAYA: Bekas peguam Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat kemunculan semula dalam prosiding rayuan akhir Datuk Seri Najib Razak bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Muhammad Shafee hadir bagi membantu peguam utama bekas Perdana Menteri itu dalam permohonannya supaya Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri.
Di awal prosiding, Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan mahkamah bahawa beliau secara peribadi meminta Muhammad Shafee untuk membantunya dan akan mengemukakan hujahan dalam permohonan berkenaan.
Selepas Hisyam berhujah selama 10 minit, Muhammad Shafee memasuki bilik mahkamah dan mengambil alih dengan memulakan hujahan.
Pada 25 Julai lalu, Najib menamatkan khidmat Muhammad Shafee dan melantik Hisyam bagi mewakilinya dalam rayuan akhir.
Muhammad Shafee berkata, beliau hanya akan mengendalikan permohonan itu sahaja.
Sumber : Berita Harian